Harian Metro

‘Bayar’ guna pistol

- Syazwan Msar cnews@nstp.com.my

 Dua ‘pelanggan’ ugut tauke kedai makan kebas RM14,000

Risau dicederaka­n pemilik kedai makan rela berputih mata dengan menyerahka­n wang tunai RM14,000 kepada dua penjenayah bersenjata­kan pistol yang menyamun premisnya di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, jam 11 kelmarin.

Difahamkan dua suspek dipercayai berusia 20-an itu dengan selamba mengacukan pistol ke arah pemilik kedai terbabit meskipun ketika kejadian premis dipenuhi pelanggan.

Suspek juga bertindak agresif apabila melepaskan dua das tembakan rambang selepas mendapati beberapa orang awam menyedari kejadian cuba mengejar mereka.

Menurut sumber polis, suspek menghampir­i kaunter dan berlagak seperti pelanggan mahu membuat bayaran sebelum mengacukan pistol ke arah mangsa.

“Ketika menanyakan harga makanan suspek tiba-tiba mengeluark­an pistol lalu mengarahka­n mangsa berusia 39 tahun menyerahka­n wang tunai.

“Bimbang berlaku kejadian tidak diingini mangsa menyerahka­n wang tunai RM14,000 sebelum kedua-dua suspek melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal suspek melarikan diri dengan menaiki Perodua Kancil dan pelanggan menyaksika­n kejadian sempat mencatat nombor pendaftara­n kenderaan itu.

“Mangsa yang mengusahak­an perniagaan itu di premis terbabit sejak beberapa tahun lalu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kepong, untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

 ??  ?? MUNUSAMY
MUNUSAMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia