Harian Metro

Rampas 133 beg, dompet mewah tiruan

-

Kuala Lumpur: Beg tangan jenama Chanel berharga puluhan ribu ringgit dijual pada harga hanya kurang RM200 setiap satu di ibu negara.

Itu antara kegiatan sindiket menjual beg tangan tiruan yang dikesan aktif menjalanka­n kegiatan di sekitar kawasan Pudu, di sini, dengan menyeludup beg tiruan itu terutama dari China.

Bagaimanap­un, kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Wilayah Persekutua­n menyerbu beberapa premis di kawasan pusat pemborong berkenaan.

Hasil serbuan jam 12.30 tengah hari kelmarin, anggota penguat kuasa merampas 133 beg tangan dan dompet wanita jenama itu dianggarka­n bernilai hampir RM8,000 dari tiga premis di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pihaknya menerima aduan syarikat pengeluar berhubung aktiviti premis terbabit dipercayai menjual produk tiruan menggunaka­n jenama syarikat berkenaan.

Katanya, 10 anggota dan pegawai terbabit dalam ope- rasi itu yang dipecahkan kepada tiga kumpulan dan bagi melancarka­n serbuan, wakil pihak cap dagang turut hadir.

“Hasil pemeriksaa­n di ketiga-tiga premis, kami merampas 133 beg tangan menggunaka­n jenama Chanel dan 35 dompet wanita menggunaka­n jenama sama.

“Keseluruha­n rampasan dianggarka­n bernilai RM7,916,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga pemilik premis terbabit akan disiasat mengikut Sekyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 kerana membekalka­n atau menawarkan barangan menggunaka­n perihal dagangan palsu.

Katanya, pemilik dan pekerja premis turut diambil rakaman percakapan sebagai tindakan susulan manakala semua barangan disita dibuat pengecaman oleh wakil cap dagang.

 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaa­n di tiga premis di pasar raya di Pudu.
PENGUAT kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaa­n di tiga premis di pasar raya di Pudu.
 ??  ?? BEG tangan tiruan yang diseludup dari China.
BEG tangan tiruan yang diseludup dari China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia