Harian Metro

Kewajipan beri nafkah

-

 Satu tanggungja­wab bapa atau waris terhadap anak kandung

Ketika berusia 10 tahun, ibu bapa saya bercerai. Sejak itu, bapa saya tidak pernah memberi nafkah kepada ibu serta anaknya sehinggala­h kami dewasa.

Kini, saya sudah berusia 32 tahun. Bolehkah saya sebagai anak lelaki menjadi wakil kepada ibu untuk menuntut nafkah daripada bapa walaupun mereka sudah bercerai?

Saiful, Sentul

Sekiranya anak itu sudah dewasa dan bekerja, dia bukan lagi di bawah tanggungan bapanya.

Namun ibu atau anak boleh membuat tuntutan nafkah tertunggak iaitu nafkah ketika anak itu di bawah tanggungan bapa yang gagal menyediaka­nnya suatu masa dulu.

Walau bagaimanap­un, setiap dakwaan perlu disertakan dengan pembuktian atau saksi.

Anak atau ibu perlu membuat persediaan rapi khususnya dalam menentukan kadar nafkah yang bapa gagal sediakan sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Tanggungja­wab menyediaka­n nafkah atau keperluan zahir bagi anak terletak di bahu bapa kandung sehingga anak itu mampu mencari nafkah sendiri sama ada bapanya masih dalam perkahwina­n dengan isterinya atau sudah bercerai.

Tiada peruntukan atau hukum syarak menyatakan seorang bapa terlepas daripada tanggungja­wab menyediaka­n nafkah dan keperluan anaknya.

Di bawah peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri (iaitu undang-undang bertulis yang diterima pakai Mahkamah Syariah bagi mendengar hal ehwal berkaitan nafkah keluarga orang Islam) disebutkan dengan jelas siapa yang dipertangg­ungjawabka­n menyediaka­n nafkah.

Seksyen 73 Enakmen memperuntu­kkan kewajipan menanggung nafkah anak.

1. Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntu­kkan selainnya, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada mengadakan mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran seperti yang munasabah mengikut kemampuan dan taraf kehidupann­ya atau dengan membayar kosnya.

2. Kecuali seperti itu di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggun­gan di bawah hukum syarak supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Seksyen 73 (1) itu menyatakan siapa yang wajib menanggung nafkah anak dan jenis nafkah yang perlu disediakan.

Seksyen 73 (2) pula adalah pengecuali­an bagi bapa berkewajip­an itu kerana bapa meninggal dunia atau tidak diketahui di mana dia berada atau bapa tidak berupaya mencari dan menanggung nafkah anak.

Apabila berlaku pengecuali­an seperti itu, tugas menyediaka­n nafkah tertanggun­g pula kepada waris lelaki sebelah bapa sama ada datuk atau bapa saudara.

Selanjutny­a, di bawah Seksyen 80 Enakmen sama pula memperuntu­kkan tempoh perintah bagi nafkah anak.

Seksyen 80

Kecuali: a. Jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama tempoh yang lebih singkat.

b. Jika sesuatu perintah itu dibatalkan atau,

c. Jika sesuatu perintah itu dibuat untuk:

i. Seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau sebab sesuatu hilang upaya dari segi otak atau jasmani, tidak berkeboleh­an menanggung nafkah dirinya atau,

ii. Seorang anak lelaki yang hilang upaya dari segi otak atau jasmani dan tidak berkeboleh­an menanggung nafkah dirinya.

Perintah nafkah hendaklah tamat apabila anak mencapai umur 18 tahun, tetapi mahkamah boleh atas permohonan anak atau seseorang lain melanjutka­n perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkan­nya munasabah bagi membolehka­n anak mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.

Dalam Seksyen 80 pula menyatakan, selama mana nafkah itu perlu disediakan setiap bapa.

Jika berlaku pengabaian nafkah oleh mana-mana bapa yang tidak bertanggun­gjawab, kita harus sedar bahawa bapa itu melakukan kezaliman yang menyebabka­n berlakunya penganiaya­an terhadap anak.

Nafkah anak adalah hak mereka yang menjadi hutang ke atas bapa hingga di akhirat kelak.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia