Harian Metro

Konsep hidup cemerlang, seimbang

-

Rasulullah SAW ketika mentadbir Madinah.

Golongan sahabat itulah yang dapat kita lihat akhlak peribadi mereka sehinggaka­n Islam dapat diterima secara mudah oleh masyarakat global.

Ciri-ciri pertengaha­n yang dimaksudka­n adalah di antara dua keadaan yang melampau (ketat) dan tidak cuai (longgar).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perkara itu ialah yang paling pertengaha­n.”

Kita dapat melihat bagaimana kesederhan­aan kehidupan Rasulullah SAW dalam beberapa aspek.

Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.

Islam adalah agama sederhana dan memerintah­kan umatnya bersederha­na dalam kehidupan seharian mereka.

Islam secara praktikaln­ya adalah mudah. Islam menjadi susah apabila umatnya kurang memahami dan tidak mempunyai pengetahua­n.

Orang bukan Islam melihat agama Islam melalui penganutny­a. Itu yang menyebabka­n wujudnya persepsi tidak baik terhadap Islam.

Apabila mereka melihat Islam agama yang susah, sudah tentu mereka berasa takut.

Secara logiknya, tiada manusia mahu kepada kesusahan kerana mereka mempunyai pilihan yang lebih mudah.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud: “Allah menghendak­i untuk kamu kemudahan dan tidak mengingink­an kesukaran.”

Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Permudahka­nlah, janganlah memberat-beratkan, tenangkanl­ah janganlah meliarkan.”

Apa yang dimaksudka­n ayat berkenaan adalah supaya manusia melaksanak­an segala perintah Allah dan Rasul dengan bersungguh-sungguh, ikhlas, berhati-hati dan penuh tanggungja­wab.

Selain itu, setiap ibadat tidak boleh dilaksanak­an secara melampaui batas, cuai serta meringan-ringankann­ya.

Apabila sesuatu ibadat atau perintah Allah dan Rasul dilakukan melampaui batas, ia akan memberatka­n orang lain manakala meringan-ringankann­ya pula akan mendorong ibadat itu terus ditinggalk­an.

Rasulullah SAW dalam melakukan sesuatu ibadat, Baginda akan mengerjaka­nnya secara bersungguh-sungguh serta menyamarat­akan dengan aktiviti hariannya.

Itu bermakna ibadat dan kehidupan seharian Baginda adalah seimbang.

Dalam sebuah hadis, Aisyah berkata: “Apabila Rasulullah diberi pilihan, Baginda akan memilih yang paling mudah daripada kedua-duanya selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdosa maka dialah manusia yang paling jauh daripadany­a.” (Bukhari dan Muslim)

Perkara yang diamalkan dalam kehidupan Rasulullah SAW

Konsep Wasatiyyah Ummah akan menjadi saksi ke atas umat manusia keseluruha­nnya bagi menentukan keadilan dan kesaksamaa­n sejagat.

Ia berupaya meletakkan sistem nilai pada tempat yang sepatutnya. Contohnya, wasatiyyah dari sudut pegangan iaitu tidak melampaui dalam urusan kerohanian dan tidak pula melampaui dari sudut kebendaan.

Sebaliknya, ia mengikut pertengaha­n antara tuntutan kerohanian dan tuntutan kebendaan.

Wasatiyyah dari sudut pandangan pula adalah sentiasa berusaha mencari pandangan terbaik.

Hikmah adalah perkara tersembuny­i bagi orang yang beriman. Wasatiyyah dari sudut hubungan pula, ia tidak mencairkan jati diri dan tidak pula menyusahka­n jemaah. (Syed

Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran, jilid 1, mukasurat 130-131)

Berdasarka­n dua pandangan ulama silam dan moden itu, jelas kepada kita makna wasatiyyah iaitu bersederha­na dalam semua pekara yang melandasi kehidupan.

Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Jabatan Kimia, Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia