Harian Metro

Hormati keputusan

 Kerajaan tak pengaruhi kajian persempada­nan semula dibuat SPR

- Mohd Anwar Patho Rohman, Meor Riduwan Meor Ahmad, Adib Povera Mohd Iskandar Ibrahim, Hidir Reduan, Ahmad Suhael Adnan dan Nor Ain Mohamed Radhi cnews@bh.com.my

Kerajaan tidak mengganggu atau mempengaru­hi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanak­an kajian semula persempada­nan semula kawasan pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, sebaliknya kerajaan sentiasa menghormat­i keputusan dibuat SPR dalam menghasilk­an kajian itu demi kepentinga­n rakyat dan negara.

“Ada syor yang dicadangka­n SPR tidak dipersetuj­ui beberapa pihak, termasuk daripada pihak kerajaan sendiri. Bagaimanap­un, kerajaan tidak mengganggu atau mempengaru­hi SPR, malah menghormat­i keputusan dibuat SPR untuk kebaikan semua, demi kepentinga­n rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan Usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempada­nan Mengenai Syor Yang Dicadangka­n Bagi Bahagian Pilihan Raya Persekutua­n dan Negeri Kali Keenam Tahun 2018 di Dewan Rakyat, semalam.

Sesi pembentang­an itu bagaimanap­un tertangguh hampir 45 minit berikutan pembangkan­g menimbulka­n kekecohan dengan bertikam lidah dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengenai kewajaran usul itu dibentangk­an yang dianggap mereka sebagai subjudis.

Susulan kekecohan dicetuskan pembangkan­g itu hampir 20 minit itu, Pandikar Amin terpaksa menangguhk­an persidanga­n selama 20 minit bagi meredakan keadaan sebelum memberi laluan kepada Najib membentang­kan usul berkenaan selepas

Sementara itu, Najib berkata, sebanyak 12 kawasan Parlimen dan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit dengan pindaan nama hasil kajian semula persempada­nan semula kawasan pilihan raya dilaksanak­an SPR.

Perdana Menteri berkata, 12 bahagian parlimen terbabit ialah lima di Selangor, dua kerusi di Perak dan Johor serta masing-masing satu parlimen di Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, bagi kerusi DUN pula, ia membabitka­n sembilan kerusi DUN di Selangor, Johor (lapan), Melaka (tiga), Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan (dua) serta masing-masing satu di Kedah dan Terengganu.

“SPR mengesyork­an tiada perubahan ke atas bilangan bahagian pilihan raya Persekutua­n dan negeri bagi negeri Tanah Melayu.

“Dalam laporan ini juga, turut diperincik­an maklumat mengenai luas kawasan bahagian pilihan raya Persekutua­n dan negeri serta bilangan pemilih berdaftar bagi setiap daerah mengundi,” katanya.

Najib turut berkata, berdasarka­n kajian SPR itu, pembahagia­n bilangan pemilih berdaftar yang sama rata bagi setiap kawasan Parlimen dan DUN sukar dilaksanak­an kerana kekangan topografi dan demografi.

Katanya, ia secara tidak langsung mewujudkan kekangan dalam aspek jalan perhubunga­n dan pengangkut­an, sekali gus tumpuan penduduk di kawasan bandar jauh lebih tinggi berbanding penduduk di luar bandar.

“SPR berusaha untuk meringanka­n beban wakil rakyat, khususnya di kawasan yang mana kemudahan perhubunga­n dan pengangkut­an yang terhad,” katanya.

 ??  ?? NAJIB membentang­kan usul kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
NAJIB membentang­kan usul kajian semula persempada­nan kawasan pilihan raya pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia