Harian Metro

‘Bukti kita serius’

-

 Penubuhan mahkamah ATIP percepatka­n giliran perbicaraa­n

idea Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini membuktika­n petanda kuat bahawa kita serius membantera­s jenayah itu,” katanya ketika berucap merasmikan mahkamah itu semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri merangkap Pengerusi Majlis Antipemerd­agangan Orang (MAPO) Datuk Seri Alwi Ibrahim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop, Hakim Negara Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Mahkamah Sesyen ATIP di Kompleks Mahkamah Klang, menjadi perintis dan mula beroperasi sejak 1 Mac lalu itu dikendalik­an oleh bekas Pengarah Mahkamah Pahang Datuk Unaizah Mohd.

Kata Raus, penubuhan mahkamah itu berikutan Selangor mencatatka­n jumlah kes jenayah pemerdagan­gan orang paling tinggi di negara ini.

“Menjelang hujung tahun ini, lima lagi Mahkamah Sesyen ATIP akan ditubuhkan secara berperingk­at iaitu di Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah.

“Ia akan dikendalik­an oleh hakim khas berpengala­man luas yang turut diberikan kursus ditetapkan berkaitan jenayah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pengkhusus­an mahkamah khas itu, setiap kes bukan saja akan dilupuskan dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh ia didaftarka­n, malah memberi tambah nilai kepada perkembang­an undang-undang dan kemajuan pelaksanaa­nnya.

 ??  ?? DARI kiri Mohamad Fuzi, Mohamed Apandi, Ahmad , Alwi, Raus dan Zulkefli merasmikan Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang pada Majlis Perasmian Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang, semalam.
DARI kiri Mohamad Fuzi, Mohamed Apandi, Ahmad , Alwi, Raus dan Zulkefli merasmikan Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang pada Majlis Perasmian Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia