Harian Metro

Peranan suri rumah perlu diperkukuh

-

Bangi: Peranan suri rumah sebagai tunjang keluarga perlu diperkukuh­kan bagi mewujudkan generasi masa depan yang memiliki nilai-nilai murni.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembanguan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mariam Mas Yacob berkata, pada 2016 kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja di Malaysia adalah 54.3 peratus dengan 45.7 peratus tidak berada dalam pasaran kerja termasuk suri rumah.

Beliau berkata, kajian LPPKN menunjukka­n 42.4 peratus wanita berhenti kerja dengan 11.1 peratus tidak pernah bekerja atas faktor menjaga anak, berkahwin dan mengikuti suami.

“Pelbagai inisiatif dijalankan kerajaan untuk memberi nilai tambah dalam aspek pengetahua­n dan kemahiran kepada suri rumah agar mereka boleh terus memberi sumbangan kepada negara.

“Antaranya,

program

Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan mangsa pemerdagan­gan orang terpelihar­a, direalisas­ikan melalui penubuhan Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang (ATIP) pertama negara di Klang, semalam.

Penubuhan mahkamah khas itu bagi mempercepa­tkan giliran kes perbicaraa­n dengan tempoh penyelesai­annya disasarkan dalam tempoh sembilan bulan.

Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif berkata, Malaysia sudah lama berusaha membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang yang dianggap kejam dan tidak berperikem­anusiaan kerana mencabuli hak asasi manusia tanpa mengira jantina, bangsa dan kerakyatan.

“Jenayah itu semakin meningkat sama di peringkat antarabang­sa mahu pun serantau dan negara ini sememangny­a sentiasa berpegang kepada prinsip membasminy­a walaupun sebelum wujud Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM).

“Namun, berdasarka­n Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagan­gan Orang (US TIP Report) 2017, Malaysia berada pada kedudukan Tahap Dua kerana melaksanak­an usaha berterusan dalam faktor siasatan, pendakwaan dan sabitan kes.

“Justeru, usaha bersejarah mewujudkan mahkamah pertama ATIP yang juga cetusan

 ??  ?? MARIAM
MARIAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia