Harian Metro

Gah di mata dunia

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mahaizura Abd Malik am@hmetro.com.my

 Dua usahawan kita tersenarai dalam Forbes 30

Memperkena­lkan pakej tanpa kepada pelanggan serta membangunk­an sendiri teknologi bagi memudahkan pengurusan syarikat antara idea unik Ammar Roslizar, 28, dan rakan kongsinya, Ammar Shahrin, 29, hingga tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018 bagi kategori Runcit dan E-Dagang.

Anak muda tempatan itu disenaraik­an antara 300 syarikat atau individu berusia bawah usia 30 tahun di Asia yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Ammar Roslizar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Travel & Tours Sdn Bhd berkata, dia bersama Ammar Shahrin dan dua lagi rakan kongsi memperkena­lkan pakej tanpa atau tiada tempat paksa beli kepada pelanggan yang menggunaka­n perkhidmat­an mereka.

“Menggunaka­n pengalaman menetap di luar negara, kami menawarkan pakej sesuai dan berpatutan untuk membantu pelanggan bercuti ke luar negara merasai pengalaman unik serta sama rata seperti penduduk tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, selain itu mereka juga membangunk­an teknologi khas bagi menjadikan urusan syarikat lebih efisien, jimat dan tidak memerlukan tenaga kerja dalam jumlah ramai.

Satu lagi sebab kami disenaraik­an dalam Forbes kerana penggunaan teknologi AI (Artificial Intelligen­ce) yang kami bangunkan sendiri. Semua urusan syarikat termasuk tempahan dan menjawab pertanyaan pelanggan diuruskan sistem yang kami namakan sebagai ‘Lisa’.

“Selain itu, menerusi badan kebajikan rasmi kami iaitu 1Moment4Th­em, kami memfokuska­n pembanguna­n sosioekono­mi anak-anak tanpa kerakyatan di Sabah serta mewujudkan peluang menjana pendapatan kepada individu yang mengalami bipolar, kemurungan,

dan skizofreni­a.

“Bagi kami kejayaan ini bukan untuk mencari kejayaan atau nama, tetapi membuktika­n anak muda terutama Bumiputera mampu bersaing hingga ke persada antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, penghasila­n kosmetik halal yang memperjuan­gkan sumber dan bahan suci membawa kejayaan kepada usahawan wanita yang berasal dari Subang Jaya untuk tersenarai dalam tujuh daripada 10 kategori senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2018.

Mengulas mengenai kejayaanny­a, Nor Raeesa Syahirah Mohd Nor, 28, berkata, produk kosmetik dipasarkan menggunaka­n jenama Orkid Kosmetik itu selamat digunakan selain menentang penganiaya­an terhadap haiwan.

Katanya, mereka menghasilk­an 10 variasi gincu yang selamat, beretika dan jujur tanpa menjejaska­n iman, kesihatan dan kulit pengguna.

“Kami menghasilk­an produk yang selamat dijual pada harga berpatutan selaras konsep Islam yang bersederha­na. Produk kami mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Memang ini bukan kejayaan pertama saya, tetapi mahu mencapainy­a bukan mudah. Kejayaan ini adalah hasil usaha yang berterusan tanpa putus asa sejak setahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia