Harian Metro

SMA Al-Maad megah di China

-

Kangar: Topeng mulut diperbuat 100 peratus dibuat daripada hampas tebu yang diproses membawa tuah kepada sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah (SMA Al-Maad) apabila meraih emas di Beijing Youth Science Creation Competitio­n (BYSCC) 2018, kelmarin.

Pada pertanding­an Universiti China dan Sains Beijing, China itu, pasukan sekolah berkenaan menewaskan 19 negara lain termasuk Thailand, Ukraine, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Denmark dan Taiwan.

SMA Al-Maad diwakili Nur Aisyah Nazri, Najah Zakaria dan Nurul Athirah Md Shukri, masing-masing berusia 16 tahun.

Ketua kajian merangkap guru pengiring pasukan, Mohd Faizal Zainul, 36, berkata, produk dinamakan

itu mengambil masa hampir setahun untuk diuji keberkesan­annya.

bertindak sebagai topeng mulut yang dapat menapis udara kotor, gas bahaya, malah bakteria dan debu halus yang terperangk­ap di udara.

“Topeng ini turut berfungsi merawat si pemakai

di yang menghidap selesema akibat debu halus dan bakteria udara melalui gabungan aroma terapi yang diletakkan di dalam topeng terbabit,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Mohd Faizal berkata,

dilihat sebagai satu rekaan yang penting keperluann­ya dalam industri pembuatan dan pembinaan. “Uniknya,

adalah penapis debu dan apa yang diletakkan di dalam topeng mulut itu adalah 100 peratus dibuat daripada hampas tebu diproses,” katanya. Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada

(MINDS) yang menaja tiket penerbanga­n dan penginapan.

“Kerjasama antara pihak kami bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dilihat sebagai satu platform dalam penghasila­n produk,” katanya.

Pertanding­an yang bermula 24 Mac dan berakhir semalam mempertand­ingkan produk terbaik setiap negara yang memenangi anugerah pada pertanding­an inovasi World Young Inventors Exhibition (WYIE) di Kuala Lumpur, Mei tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia