Harian Metro

‘NERAKA’ 25 HARI

-

Presiden Bashar al-Assad.

Muhammad berkata, jumlah pelarian yang baru tiba di Idlib, kelmarin, membabitka­n 300 kanak-kanak, 400 wanita dan selebihnya lelaki.

“Ada antara pelarian itu sudah hampir kebuluran sebab tidak menjamah sebarang makanan sepanjang dua hari perjalanan menaiki bas dari Ghouta ke Idlib.

“Muslim Care menyediaka­n keperluan makanan, tempat tinggal sementara dan pengangkut­an bas untuk pelarian itu.

“Selain itu, khemah untuk pelarian juga disediakan pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan antarabang­sa yang lain di wilayah utara Syria bersempada­n dengan Turki,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghantar maklumat situasi terkini itu kepada Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaa­n Syria Muslim Care, Nazmi Abdul Karim yang kemudian menyalurka­nnya kepada Harian Metro, semalam.

Sementara itu, Nazmi berkata, pihaknya sudah menghantar bantuan ke Ghouta membabitka­n jumlah sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM450,000 yang mana RM100,000 daripadany­a diagihkan sebagai perbelanja­an sekolah pelarian kendalian Muslim Care.

Orang ramai boleh terus menyumbang menerusi Kutipan Dana Kecemasan ke Ghouta menerusi akaun Muslim Care di nombor akaun 5644904138­82 (Maybank), 1401401014­740 (Bank Islam) atau 1401000765­4717 (Bank Muamalat).

 Pelarian Syria cerita detik penempatan dibom, dibedil roket tanpa henti

 ??  ?? PEJUANG pemberonta­k Syria membantu memberi minuman kepada anaknya.
PEJUANG pemberonta­k Syria membantu memberi minuman kepada anaknya.
 ??  ??
 ??  ?? TETAP riang biarpun dilanda musibah besar dengan bedilan roket dan bom.
TETAP riang biarpun dilanda musibah besar dengan bedilan roket dan bom.
 ??  ?? KANAK-KANAK Syria yang dipindahka­n dari Timur Ghouta berdiri di antara tongkat bapanya.
KANAK-KANAK Syria yang dipindahka­n dari Timur Ghouta berdiri di antara tongkat bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia