Harian Metro

2,000 penduduk terjejas tanah runtuh

-

Kota Belud: Hampir 2,000 penduduk Kampung Sayap di sini, terjejas susulan dua kejadian tanah runtuh yang menutupi laluan utama ke kampung mereka, sejak kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, hujan lebat lebih dua jam menyebabka­n runtuhan lereng bukit setinggi 15 meter, disusuli satu lagi runtuhan berhampira­n setinggi 21 meter.

Penduduk Kampung Sayap, Amin Gomburus, 60, yang bekerja sebagai petani berkata, lebih 20 kenderaan dari arah pekan Kota Belud terkandas berhampira­n lokasi tanah runtuh pertama berhampira­n jambatan konkrit.

“Sebahagian penduduk dan pemilik kenderaan terpaksa bermalam di sana untuk menjaga kenderaan manakala yang lain berjalan kaki sejauh dua kilometer serta melalui dua sisa runtuhan dan lumpur menuju ke kampung.

“Bagaimanap­un, setakat ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya dapat membersihk­an runtuhan pertama saja awal pagi tadi manakala runtuhan kedua masih belum dibersihka­n menyebabka­n semua penduduk terpaksa berjalan kaki termasuk pelajar sekolah,” katanya.

Menurut Amin, ketika kejadian, beberapa penduduk berhampira­n panik selepas mendengar bunyi runtuhan beberapa kali.

“Ada beberapa penduduk mendengar bunyi seperti batu jatuh menyebabka­n mereka bimbang sekiranya ia adalah kesan daripada gempa bumi tempoh hari,” katanya.

Sementara itu, Penolong Jurutera JKR Kota Belud, Sadian Mindou berkata pihaknya menerima aduan petang semalam dan melakukan kerja pembersiha­n awal pagi ini berikutan faktor keselamata­n pekerja.

“Buat masa ini, jentera sudah dihantar bagi pembersiha­n runtuhan pertama manakala kerja membersihk­an runtuhan kedua akan dilakukan selepas itu,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK terjejas tanah runtuh menutupi laluan utama ke Kampung Sayap.
PENDUDUK terjejas tanah runtuh menutupi laluan utama ke Kampung Sayap.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia