Harian Metro

Ekstrem biar selamat

- Hafiz Ithnin news@nstp.com.my

 Aktiviti terjunan tali tinggi perlu sentiasa waspada walaupun belum ada SOP khas

Aktiviti hayunan tali tinggi atau dikenali sebagai di Malaysia dan peringkat dunia belum mempunyai standard operasi (SOP) untuk dijadikan panduan khas.

Bagaimanap­un, ada aktiviti tali tinggi lain yang hampir sama dengan dan konsep keselamata­nnya seperti dipraktikk­an dalam aktiviti berkenaan terutama membabitka­n prosedur penggunaan tali berpanduka­n garis panduan amalan terbaik semasa.

Perunding profesiona­l aktiviti tali tinggi, TaliPRO yang bernaung di bawah syarikat Sausiah Vision Sdn Bhd, Mohamad Shaheir Sabaruddin berkata, tali yang digunakan untuk adalah tali

berdiamete­r 10.5 milimeter kurang regangan sesuai digunakan untuk aktiviti penerokaan gua, kerja menyelamat dan tali keselamata­n ketika bekerja di tempat tinggi. “Secara teknikalny­a tali

mampu menampung kekuatan minimum sehingga 30 knot dan dengan fungsi kurang regangan membantu menyerap sedikit kesan hentakan sekiranya tali dihayunkan bersama beban.

“Bukan sekadar tali yang perlu diambil untuk penilaian, tetapi juga faktor lain untuk melakukann­ya dititik beratkan seperti kemampuan pokok untuk menambat dan menahan tali besi, cara pemasangan tali besi, akses laluan, pengurusan risiko dan pelan tindakan kecemasan oleh operator,” katanya yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam industri tali tinggi.

Mengulas mengenai aktiviti yang dianjurkan Rentas Adventures (Rentas), Shaheir berkata, TaliPRO antara penilai keselamata­n untuk tali yang digunakan Rentas.

Katanya, pihaknya juga melihat aktiviti itu selamat untuk dilakukan kerana mengikuti kriteria serta mendapat perakuan bertulis daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kerja Raya, Institut Keselamata­n dan Kesihatan Negara dan Persatuan Litar Cabaran Malaysia.

Shahier berkata, tali digunakan Rentas juga mampu menampung berat bebanan sehingga tiga tan untuk satu tali dan bagi menambah aspek keselamata­n, operator itu menggunaka­n dua tali yang memegang setiap penerjun.

“Tali digunakan juga berkualiti tinggi dan mempunyai label data keselamata­n jangka hayat 10 hingga 15 tahun dari hari dibuat. Bagaimanap­un, ia bergantung kepada kekerapan dan cara penggunaan­nya mengikut aktiviti tertentu,” katanya.

Menurutnya, setiap operator yang menawarkan aktiviti tali tinggi perlu membuat pemeriksaa­n tali daripada pemeriksa yang profesiona­l sekurang-kurangnya sekali setahun.

“Jika tali digunakan terdedah kepada bahan kimia, beban jatuh yang berat, geseran teruk, kepanasan mencairkan material dan melebihi jangka hayat, ia harus dihentikan. Biasanya tali diperiksa secara teknik visual dan sentuhan ke atas keseluruha­n panjang tali,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pengurus Operasi Rentas Mohd Shafiq Azmi berkata, sejak aktiviti dianjurkan­nya dibuka untuk disertai orang ramai pada penghujung 2016, sehingga kini 200 peserta membuat terjunan.

Katanya, aspek keselamata­n sentiasa dititik beratkan termasuk mereka mempunyai pengalaman dalam aktiviti tali tinggi sejak lima tahun lalu mendapatka­n perakuan pihak berkuasa dan penilai keselamata­n profesiona­l serta sentiasa bersedia sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Mengenai SOP dilakukan dalam aktiviti ini, kami mempunyai beberapa dokumen perlu ditandatan­gani peserta termasuk borang persetujua­n mengenai tuntutan sekiranya berlaku sebarang kemalangan, merekodkan jumlah terjunan, menimbang berat badan peserta dan mengehadka­n hanya 40 kali terjunan dalam sehari,” katanya.

 ?? FOTO: HAFIZ ITHININ ?? AKTIVITI rope swing menitikber­atkan aspek kes elamat an . MOHAMAD Shaheir (kiri) dan Mohd Shafiq memberi penerangan panduan keselamata­n aktiviti tali tinggi.
FOTO: HAFIZ ITHININ AKTIVITI rope swing menitikber­atkan aspek kes elamat an . MOHAMAD Shaheir (kiri) dan Mohd Shafiq memberi penerangan panduan keselamata­n aktiviti tali tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia