Harian Metro

Tunai impian pelajar cemerlang

-

Baling: “Akhirnya, saya boleh meneruskan cita-cita saya untuk ke menara gading,” kata Mohd Fikri Mohd Bakri, 18, yang memperoleh keputusan 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Harapan anak yatim piatu dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong itu untuk bergelar siswa akhirnya terlaksana apabila ditawarkan bantuan daripada Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mohd Fikri yang juga anak kedua daripada empat beradik berkata, sebelum ini, dia melupakan hasrat untuk melanjutka­n pengajian di universiti awam berikutan kekangan kewangan.

Bercerita kisahnya, remaja itu berkata, bapanya, Mohd Bakri Wanik, 55, meninggal dunia tiga bulan sebelum dia menduduki peperiksaa­n SPM tahun lalu.

Ibunya, Maliza Abu Bakar, 48, pula pulang menyahut seruan Ilahi beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3), tiga tahun lalu.

“Memang ia ujian yang berat, tapi saya nekad buat yang terbaik demi arwah ibu bapa.

“Tetapi, saya padamkan hasrat itu kerana kekangan kewangan selepas kehilangan ibu bapa.

“Alhamdulil­lah,

dengan bantuan (Abdul Azeez) dan kerajaan Pusat, saya boleh mengejar cita-cita ke menara gading,” katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez memuji ketabahan Mohd Fikri untuk berjaya dalam pelajaran walaupun kehilangan ibu bapa.

“Pelajar seperti ini yang kita mahu dan saya harap ada lebih ramai lagi pelajar dari Baling yang berjaya sepertinya pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Azeez melihat slip keputusan SPM Mohd Fikri.
ABDUL Azeez melihat slip keputusan SPM Mohd Fikri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia