Harian Metro

Wajah baru lorong gelap Jalan Ismail

-

Kulai: Lorong gelap, sunyi dan kotor di Jalan Ismail di Bandar Kulai di sini, berubah wajah apabila sekumpulan belia tempatan menjalanka­n kerja pengindaha­n secara sukarela.

Sukarelawa­n, Jeffri Senin, 38, berkata, kerja pengindaha­n merangkumi gotong-royong membersih dan mengecat lorong selain melukis mural.

Menurutnya, kerja pengindaha­n dijalankan selama dua minggu pada awal Februari memakan kos RM4,000 hasil sumbangan orang ramai.

Katanya, pihaknya mahu membangunk­an lorong berkenaan sebagai pusat aktiviti kesenian bagi penduduk daerah berkenaan pada masa depan.

“Mengikut sejarah, lorong itu terkenal dalam kalangan golongan muda pada 1980-an sebagai tempat pertemuan dan bersembang termasuk bermain gitar.

“Bagaimanap­un lorong berkenaan kembali sunyi apabila kawasan sekitar dibangunka­n. Siapa pernah menyangka lorong belakang bangunan rumah kedai di bandar ‘koboi’ boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti seni bagi masyarakat setempat,” katanya.

Jeffri berkata, usaha se- kumpulan anak jati Kulai yang ingin mengubah keadaan lorong itu menerusi penubuhan satu komuniti yang diberi nama Komuniti Lorong Kita.

“Jelas betapa komited usaha berkenaan bagi memastikan misi dan matlamat tercapai, malah kami juga menerima sokongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah Kulai bagi mengadakan aktiviti kesenian di situ.

“Bagi mengenal pasti tahap sambutan orang ramai, baru-baru ini kami mengadakan aktiviti kesenian serta jualan barangan yang dimeriahka­n dengan kehadiran 300 penduduk,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n, Jamal Saian, 51, berkata, antara aktiviti kesenian diadakan termasuk persembaha­n pemuzik jalanan dan persembaha­n kompang Persatuan Kompang Warisan Wak Dol, Kulai.

 ??  ?? SUKARELAWA­N mengecat bahagian belakang bangunan.
SUKARELAWA­N mengecat bahagian belakang bangunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia