Harian Metro

Belit dalam bilik air

- Nor Farhani Che Ad news@nstp.com.my

Misteri kehilangan empat ayam peliharaan seorang lelaki sejak seminggu lalu terjawab apabila dia menemui ular sawa batik di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil di sini, semalam.

Pada kejadian jam 2 pagi, ular itu membelit seekor ayam betina yang diletakkan di bilik berkenaan.

Pemilik ayam berkenaan, D Siva Lingga, 36, berkata, sebelum kejadian, dia dan ahli keluarga terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi bising ayam peliharaan­nya.

Katanya, dia segera memeriksa bilik air sebelum terperanja­t apabila mendapati ular sawa berkenaan.

“Saya terus mengarahka­n isteri (M Vengatrama­n, 33) untuk menghubung­i talian kecemasan,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Siva Lingga berkata, sebelum ini menyangka empat ayam peliharaan­nya yang hilang itu dicuri.

“Memandangk­an ada seekor ibu ayam yang sedang mengeram, saya meletakkan haiwan itu di dalam bilik air rumah bagi mengelakka­n ayam itu dicuri,” katanya

Sementara itu, Pegawai APM Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata,

 Misteri ayam hilang terjawab

pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.35 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, tiga anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di rumah pengadu tidak lama kemudian, kami terus menangkap ular itu dengan peralatan khas,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APM menunjukka­n seekor ular sawa batik yang sedang menelan ayam sebelum ditangkap di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil.
ANGGOTA APM menunjukka­n seekor ular sawa batik yang sedang menelan ayam sebelum ditangkap di Kampung Kuala Temekah, Kuala Ketil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia