Harian Metro

Kaku terima berita pilu

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Rakan terkejut mangsa meninggal dunia dirempuh MPV ketika ke kedai makan

“Saya tidak menyangka mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu adalah rakan sekerja saya.

“Badan saya menggeleta­r saat mendapat berita arwah (Mohamad Azman) meninggal dunia,” kata penyelia Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamarul Izzahar Razi, 35.

Kamarul Izzahar adalah rakan sekerja mangsa kemalangan, Mohamad Azman Abd Wahab, 57, yang meninggal dunia akibat dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Jalan Lama Kuala Selangor, jam 8.15 malam semalam.

Ketika dihubungi, Kamarul Izzahar berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.

“Dalam perjalanan, saya dimaklumka­n rakan sekerja yang arwah terbabit kemalangan ketika menyeberan­g jalan untuk ke kedai makan.

“Hati saya berdebar-debar dan berdoa agar arwah selamat namun Allah SWT lebih menyayangi­nya dan dia disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya,

Mohamad Azman disifatkan sebagai ketua yang bertanggun­gjawab ketika bertugas.

“Sepanjang hayatnya, arwah yang bertugas sebagai ketua pasukan pembaca meter elektrik sangat berdedikas­i. Malah, dia cukup bertolak ansur serta mengambil berat keadaan anak buahnya.

“Kehilangan arwah memberi tamparan hebat kepada semua kakitangan terutama sekali pasukannya yang diibaratka­n sebagai keluarga sendiri,” katanya.

Sementara itu, usaha menemu bual ahli keluarga mangsa tidak berhasil kerana mereka masih bersedih dengan kejadian itu.

Jenazah mangsa dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Abrar, Batu Dua, Sepintas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, hasil siasatan awal, Mohamad Azman meletakkan kenderaann­ya di bahu jalan sebelah kiri sebelum melintas.

“Siasatan awal mendapati mangsa ingin ke kedai makan yang terletak di kanan jalan apabila dirempuh Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 64 tahun dari arah Jalan Sungai Burung menghala ke Jalan Sungai Besar.

“Bagaimanap­un, pemandu Toyota Avanza selamat. Mangsa yang parah di kepala dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 12 tengah malam,” katanya.

 ?? Nor Azmi Isa ?? Mangsa ingin ke kedai makan yang terletak di kanan jalan apabila dirempuh Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 64 tahun”
Nor Azmi Isa Mangsa ingin ke kedai makan yang terletak di kanan jalan apabila dirempuh Toyota Avanza dipandu lelaki berusia 64 tahun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia