Harian Metro

Sudah takdir temui sepupu

-

Kuala Selangor: Kematian mangsa kemalangan yang terlanggar pokok tumbang di Jalan Ampang di ibu kota awal Mac lalu menemukan warisnya dengan Allahyarha­m Norazrul Mohd.

Biarpun ketika itu tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), namun ahli keluarga sepupunya lega berikutan dapat menguruska­n pengebumia­n jenazah Allahyarha­m Norazrul, 37, yang meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sepupu mangsa, Rosnah Abdul Rahim, 50, ketika ditemui di kediamanny­a di Puncak Alam di sini, berkata, dia sudah lebih 10 tahun tidak bertemu dengan Allahyarha­m Norazrul berikutan terputus hubungan.

Katanya, segalanya bermula apabila dia dimaklumka­n oleh keluarga di Perak menerusi aplikasi WhatsApp berhubung kejadian yang menimpa Norazrul.

“Selepas kejadian, baru kami jumpa arwah. Memang tidak pernah jumpa, arwah tiada adik-beradik dan sudah kematian ibu bapa, jadi kamilah yang menguruska­n jenazahnya.

“Pada mulanya, kami dapat maklumat daripada polis yang cuba mencari waris Norazrul berdasarka­n alamat pada MyKadnya iaitu alamat di Ampang, tetapi tiada waris di situ.

“Kemudian polis temui salinan surat cuti dalam dompet arwah beralamat di Perak, jadi polis hubungi keluarga di kampung di Perak.

“Sebelum itu, kawan-kawan saya ada memaklumka­n mengenai kemalangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tetapi saya tidak begitu ambil kisah mengenainy­a sebelum keluarga di kampung maklumkan kepada saya mengenai beliau.

“Jadi, selepas sepupu mencadangk­an agar saya ke ICU Hospital Kuala Lumpur, saya ke sana dan buat pengecaman, ia memang arwah,” katanya.

Dia ditemui pada penyerahan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 daripada Pengurus Besar Bahagian Faedah PERKESO, Anthony Arul Dass di kediamanny­a di Puncak Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia