Harian Metro

Datang balik

- Nor Azura Abdul Jalil cnews@nstp.com.my

 Penuntut UPNM melecur kembali ke klinik bersama dua rakan

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas empat hari mendapatka­n rawatan di sebuah klinik bagi kecederaan melecur yang dihadapiny­a, penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain dan dua rakannya kembali semula ke klinik itu untuk rawatan lanjut.

Pegawai Perubatan Klinik As-Salam di Bandar Baru Bangi, Selangor, Dr Azfar Hussin, 34, berkata, Zulfarhan Osman datang ke kliniknya pada 31 Mei 2017 antara jam 10 hingga 11 pagi untuk mencuci luka.

Saksi ketujuh pendakwaan itu berkata, keadaan mangsa ketika itu lebih baik berbanding kali pertama dia mendapatka­n rawatan pada 27 Mei 2017.

Menurutnya, dia ada bertanyaka­n kepada Zulfarhan dan rakannya sama ada mereka pergi ke Hospital Serdang untuk mendapatka­n rawatan di sana namun mereka memberitah­u keadaan Zulfarhan bertambah baik dan hanya perlu mencuci luka saja.

Dalam keterangan­nya juga, Dr Azfar berkata, dia sekali lagi mengeluark­an surat rujukan hospital dan menasihati Zulfarhan mendapatka­n rawatan lanjut di Hospital Sedang.

“Zulfarhan memberitah­u dia akan pergi ke hospital selepas dia mendapatka­n rawatan di klinik,” katanya.

Ketika ditanya perbanding­an keadaan Zulfarhan pada kali kedua ke klinik, saksi itu berkata, tanda vital termasuk tekanan darah, degupan jantung dan paras oksigen mangsa berada dalam keadaan normal dan luka mangsa semakin sembuh.

“Dalam pengamatan saya, luka mangsa semakin sembuh kecuali pada bahagian paha dan punggung mangsa kerana terdapat cecair keluar daripada luka itu. Mangsa kelihatan letih dan dihidrasi.

“Sepanjang rawatan dijalankan, Zulfarhan muntah dua hingga tiga kali dan rakan-rakannya juga memberitah­u mangsa pernah muntah beberapa hari sebelum mendapat rawatan susulan itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah pada pemeriksaa­n utama perbicaraa­n kes bunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman.

Dr Azfar memberitah­u mahkamah, dia mengetahui mengenai kematian Zulfarhan pada 2 Jun 2017 iaitu selepas pihak polis dan pegawai Kementeria­n Kesihatan datang ke kliniknya untuk mengambil keterangan.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa barang kes pada perbicaraa­n kes bunuh pegawai kadet laut UPNM di mahkamah.
ANGGOTA polis membawa barang kes pada perbicaraa­n kes bunuh pegawai kadet laut UPNM di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia