Harian Metro

Sorok dalam beg

- Omar Osman cnews@nstp.com.my

 Ibu, anak ditahan bersama 4.115kg dadah RM110,000

Dua beranak ditahan selepas polis menemui 4.115 kilogram (kg) heroin dan syabu bernilai RM110,000 di sebuah rumah di ladang sawit dekat Bedong, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, wanita berusia 69 tahun dan anak lelakinya berusia 39 tahun ditahan pasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Ketika serbuan itu, sebahagian besar daripada dadah disorokkan dalam beg hitam dan kotak pembesar suara kereta.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menyerbu sebuah rumah di ladang sawit itu.

Beliau berkata, polis menahan dua beranak terbabit sebelum menemui dua peket syabu seberat 5.5 gram.

“Susulan itu, lelaki terbabit membawa polis ke sebuah rumah kosong di sebelah rumah mereka. Dia menunjukka­n satu beg hitam serta satu kotak pembesar suara kereta.

“Pemeriksaa­n mendapati beg hitam berisi 3.1kg heroin manakala ada 19 peket plastik kecil yang berisi syabu seberat 1.015 kg pada kotak pembesar suara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Saifi berkata, suspek ditahan dan dadah itu dirampas untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya merampas dua motosikal Honda EX5 dan Honda Wave Dash yang dianggarka­n bernilai RM9,000. Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah dan mempunyai dua rekod jenayah dadah lampau.

Bagaimanap­un, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung penahanan suspek.

“Dua beranak itu direman seminggu hingga 3 April ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? SAIFI (kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Bedong.
SAIFI (kiri) menunjukka­n dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Bedong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia