Harian Metro

Perlu 2 hari

- Kalbana Perimbanay­agam cnews@nstp.com.my

Pihak berkuasa memerlukan masa dua hari lagi untuk menentukan sama ada Blok 4, Flat Jubli Perak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, selamat untuk didiami atau sebalikya.

Pegawai Pejabat Daerah Hulu Langat Datuk Rosli Othman berkata, perunding PKNS bersama arkitek Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) mula melakukan ujian sejak semalam, namun terpaksa melanjutka­n pemeriksaa­n sebelum memutuskan tahap keselamata­n bangunan itu.

Beliau berkata, lanjutan tempoh itu bagi memastikan keputusan daripada ujian dijalankan betul-betul tepat.

“Arkitek dan pemeriksa daripada jabatan berkenaan perlu mengambil masa dua hari lagi sebelum menentukan tahap keselamata­n flat.

“Sehingga itu, penduduk terjejas ditempatka­n di pusat pemindahan sementara di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga dan segala kebajikan serta keperluan mereka akan dijaga PKNS serta Kerajaan Selangor,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Difahamkan, ujian dijalankan untuk menentukan tahap keselamata­n tiang dilakukan selang empat jam dalam masa sekurang-kurangnya 48 jam.

Rosli berkata, daripada 18 tiang yang mengalami keretakan, hanya lima atau empat yang membimbang­kan.

Dilaporkan, 18 daripada 114 tiang mengalami keretakan menyebabka­n Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengisytih­arkan ia tidak selamat sebelum mengarahka­n penduduk berpindah, petang kelmarin.

Rosli berkata, berdasarka­n keadaan dan kakisan keluli yang tertanam di dalam tiang, keretakan mula bertambah buruk dua hingga tiga minggu lalu.

“Jika bangunan diperakui tidak selamat, PKNS mempunyai beberapa rancangan alternatif untuk mereka yang terjejas, tetapi kami tidak akan menyentuh perkara itu lagi hari ini (semalam),” katanya.

Beliau berharap hasil ujian dan pemeriksaa­n akan diperoleh Jumaat ini.

“Jika ia diisytihar­kan sebagai selamat maka penghuni boleh kembali ke unit mereka sementara pihak berkuasa menjalanka­n kerja pemulihan dan pembaikan.

“Jika ia selamat, saya menganggar­kan tempoh kira-kira dua minggu untuk kerja pembaikan,” katanya.

 ??  ?? ROSLI melawat bangunan flat retak di Bangi.
ROSLI melawat bangunan flat retak di Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia