Harian Metro

MDEC lantik MyBazar Malaysia

-

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melantik MyBazar Malaysia bagi meneruskan komitmen agensi itu untuk memperkasa usahawan tempatan melalui program Blee.

Program Blee dihasilkan dengan fokus mencungkil peluang pertumbuha­n ekonomi digital dalam kalangan perniagaan mikro tempatan yang mewakili 76.5 peratus perniagaan di Malaysia.

Pengurus eUsahawan Global Track MDEC, Premla Balakrishn­an berkata, setakat ini terdapat lebih kurang 500 peniaga tempatan terpilih dalam program Blee.

Katanya, peniaga yang terpilih telah menjual lebih 2,000 jenis produk termasuk makanan, fesyen, hiasan rumah dan hasil kraftangan.

“Bagi tahun ini, kami menjangkak­an kira-kira 1,500 lagi peniaga di bawah eUsahawan akan terbabit dengan program Blee yang akan memasarkan produk mereka melalui MyBazar.

“Selain MyBazar, kami akan terus menjalin kerjasama dengan penyedia platform e-dagang yang lain bagi membantu lebih ramai usahawan memasarkan produk mereka secara online,” katanya pada taklimat media MyBazar dan MDEC di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MyBazar, Fazil Irwan Som dan Pengarah Pemasaran MyBazar, Aaliyah Soraya Darus.

Blee singkatan daripada ‘Barangan Luar Biasa Eksklusif eUsahawan’ mempunyai sasaran untuk meluaskan jangkauan dan merangsang pengambila­n e-dagang seluruh negara dalam kalangan perniagaan mikro tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sementara itu, Fazil berkata, usahawan yang berminat untuk menyertai program Blee boleh mendaftark­an perniagaan mereka di laman www.mybazar.com/blee.

“Penjual Blee yang berdaftar akan memperoleh khidmat penghantar­an percuma, pengecuali­an penuh yuran pengendali­an dan kutipan komisen sehingga perniagaan mereka mencapai tahap keuntungan tertentu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia