Harian Metro

EKONOMI POSITIF

- Mahanum Abdul Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad bhbiz@nstp.com.my

 BNM unjur pertumbuha­n KDNK tahun ini hingga 6.0 peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada 5.5 hingga 6.0 peratus daripada 5.0 hingga 5.5 peratus, sebelumnya.

Ia susulan pengembang­an berterusan permintaan dalam negara dan sektor ekonomi utama serta pengukuhan eksport yang mendorong lebihan akaun semasa yang mapan.

Selain itu, kadar inflasi keseluruha­n juga dijangka menjadi sederhana pada tahun ini.

Pada tahun lalu, ekonomi negara mencatat Kadar peningkata­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) luar jangkaan iaitu pada paras 5.9 peratus.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, semua sektor ekonomi dijangka terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh.

Beliau berkata, sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an akan terus menjadi penyumbang utama pertumbuha­n.

“Penggunaan isi rumah kekal disokong oleh persekitar­an pasaran buruh yang baik,” katanya pada Taklimat Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 di sini, semalam.

Momentum pertumbuha­n yang kukuh juga akan disokong limpahan positif yang berterusan daripada sektor luaran kepada aktiviti ekonomi dalam negeri.

Prestasi perdaganga­n Malaysia akan mendapat manfaat daripada permintaan global yang menggalakk­an, pendedahan kepada kitaran teknologi global, dan kapasiti pengeluara­n eksport baharu.

Mengenai kadar inflasi, BNM mengunjurk­an inflasi keseluruha­n dijangka pada purata antara 2.0 hingga 3.0 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lalu yang mana unjuran itu lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini antara 3.0 peratus hingga 3.5 peratus.

 ??  ?? MUHAMMAD (tengah) pada Taklimat Laporan Tahun 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
MUHAMMAD (tengah) pada Taklimat Laporan Tahun 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia