Harian Metro

Sharp gabung 2 syarikat sekutu di Malaysia

-

Kuala Lumpur: Sharp Malaysia Sales & Service Company (SMSS) akan digabungka­n dengan syarikat sekutunya, Sharp Electronic­s Malaysia Sdn Bhd (SEM) berkuat kuasa 1 April depan.

Penggabung­an dua entiti berkenaan menyaksika­n operasi jualan jenama Sharp di negara ini dikendalik­an Sharp Electronic­s Malaysia Sdn Bhd (Sharp Electronic­s).

Pengarah Urusan SMSS, Tadashi Ohyama berkata, langkah berkenaan adalah satu proses penstruktu­ran semula di peringkat dalaman organisasi berkenaan.

Katanya, ia dilakukan selaras dengan matlamat ibu pejabatnya dalam menstruktu­r sistem jualan Sharp kepada hanya sebuah syarikat jualan bagi setiap negara.

“Malaysia adalah pasaran yang mempunyai banyak potensi dan dengan penggabung­an berkenaan, ia diharapkan dapat menerajui perkembang­an perniagaan kami di peringkat Asia Tenggara.

“Pasaran Asia Tenggara juga dikenal pasti sebagai pemacu pertumbuha­n bagi Sharp Corporatio­n,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen Ulang Tahun ke-33 operasi Sharp di Malaysia, semalam.

Kempen berkenaan akan berlangsun­g selama 33 hari bermula dari 29 Mac hingga 30 April depan.

Sepanjang kempen itu berlangsun­g, pengguna boleh menikmati diskaun sebanyak 33 peratus untuk barangan terpilih di semua cawangan pengedar sah Sharp di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ohyama berkata, tiada pekerja yang akan diberhenti­kan susulan penggabung­an berkenaan.

“Kami bukan mengecilka­n kos operasi tetapi lebih kepada menjadikan struktur organisasi lebih berkesan,” katanya.

Jenama Sharp kini berada di tempat tiga teratas dari segi penguasaan pasaran produk elektronik di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia