Harian Metro

3 varian Porsche Panamera dilancar

-

Kuala Lumpur: Sime Darby Auto Performanc­e (SDAP) pengedar utama kenderaan mewah Porsche melancarka­n model serba baru Panamera Sport Turismo yang kali pertama diperkenal­kan untuk pasaran tempatan.

Tiga varian ditawarkan iaitu Panamera 4 Sport Turismo, Panamera 4 E-Hybrid Sport Turismo dan Panamera Turbo

Sport Turismo yang diasaskan daripada model Panamera

sport saloon, dengan pintu but luas, ruang kemasukan rendah, peningkata­n ruang simpanan beg dan tempat duduk konfiguras­i 4+1.

Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Arnt Bayer berkata, model ini mengetenga­hkan inovasi terkini dari segi rekaan dan teknologi sesuai untuk kegunaan harian atau gaya hidup hujung minggu.

“Walaupun ia dalam seg- men baru namun mengekalka­n karakter prestasi dan rekaan asal Porsche ditambah dengan ciri seperti Kokpit Termaju Porsche, sistem casis kendalian gandar belakang dan Kawalan Casis Dinamik Porsche (PDCC Sport),

“Semua model Panamera

Sport Turismo dilengkapi dengan Pengurusan Cengkaman Porsche (PTM) iaitu sistem pacuan semua roda yang dikawal secara elektronik oleh klac plat pelbagai,” katanya pada majlis pelancaran­nya di sini, semalam.

Dikuasakan dengan tiga pilihan enjin iaitu 3.0 liter V6 Turbo (Panamera 4) yang menjana kuda 330 hp, 2.9 liter V6 biturbo dengan motor elektrik (Panamera 4 E-Hybrid) (462 hp) dan 4.0 liter V8 biturbo (550 hp).

Ia dipasang dengan Spoiler Belakang Aktif yang akan terbuka dengan tiga peringkat pada kelajuan mencecah 170 kilometer/sejam (km/j) bagi mengekalka­n aerodinami­k kenderaan melalui tambahan downforce 50 kilogram (kg) pada gandar belakang.

Saiz keseluruha­n kenderaan dengan 5,049 milimeter (mm) panjang, 1,428 mm tinggi serta 1,937 mm lebar serta jarak roda 2,950 mm dan rim bersaiz sehingga 21 inci menjadikan Panamera

Sport Turismo kenderaan sport serba guna yang selesa.

Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga bermula RM990,000 (Panamera 4 Sport Turismo), RM1.12 juta (Panamera 4 E-Hybrid Sport Turismo) dan RM1.94 juta (Panamera Turbo Sport Turismo) dengan empat tahun jaminan dan pakej penyelengg­araan percuma.

 ??  ?? BAYER bersama model Panamera Sport Turismo yang baru dilancarka­n di pasaran tempatan.
BAYER bersama model Panamera Sport Turismo yang baru dilancarka­n di pasaran tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia