Harian Metro

TIDAK TERBALAS JASAMU

- Agensi

 Pesara tentera bantu bayar yuran 4 pelajar dengan menjual barangan kitar semula

Seorang pesara tentera berusia 86 tahun berjaya membantu membayar yuran kolej empat pelajar hanya dengan menjual barangan kitar semula yang dikutip dari longgokan sampah di bandar raya Hangzhou, wilayah Zhejiang, China.

Menurut laporan media China, Wang Kunsen terkenal dalam kalangan masyarakat setempat dengan rutin seharianny­a sejak lima tahun lalu, mengayuh basikal mulai tengah malam, mencari barangan yang boleh dijual.

“Memang apa yang saya dapat tidak banyak, namun untuk membantu orang, ini satu-satunya cara bagi saya mendapatka­n wang.

“Saya sudah tua dan tiada siapa mahu mengambil saya bekerja,” katanya.

Menurut Mirror Evening News, Wang yang bersara pada 1993 berkata, dia mendapat ilham membantu pelajar miskin selepas melihat gambar seorang kanak-kanak tidak mampu bersekolah.

Pada 2012, dia dirujuk kepada seorang mahasiswi dari daerah Changshan yang berdepan kesukaran membayar yuran tuisyen.

Wang memutuskan membantu gadis itu dan membeli basikal untuk mencari barang kitar semula dan hasil jualan, dia berjaya menghantar 4,000 yuan (RM2,500) setahun kepada pelajar berkenaan.

Dia amat terharu apabila menerima gambar daripada pelajar berkenaan memakai jubah ketika majlis graduasi berserta ucapan terima kasih atas sokonganny­a sepanjang pembelajar­annya.

Susulan itu, dia lebih bersemanga­t membantu pelajar lain dan memutuskan menolong tiga lagi mahasiswa dari Zhejiang.

Menurutnya, dia berjaya mengirim lebih 25,000 yuan (RM15,000) kepada mereka hasil jualan barangan terpakai.

“Biasanya saya mampu menghantar 400 yuan (RM246) kepada dua pelajar setiap bulan.

“Saya cuma keluar pada waktu malam untuk mencari barangan terpakai kerana tidak mahu bersaing dengan golongan yang benar-benar mencari rezeki dengan cara itu,” katanya.

 ??  ?? WANG berkorban bantu bayar yuran pelajar kolej. - Agensi
WANG berkorban bantu bayar yuran pelajar kolej. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia