Harian Metro

Jong Un sedia henti nuklear

 China berikrar kukuhkan persahabat­an dengan negara yang terasing itu

- Agensi

China berkata, hari ini pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar untuk menghentik­an program nuklear di semenanjun­g itu ketika pertemuan bersejarah di Beijing bersama Presiden Xi Jinping.

China turut berikrar untuk mengukuhka­n lagi persahabat­an dengan negara yang terasing itu.

Pertemuan yang mengakhiri pelbagai spekulasi itu menyaksika­n China dan Korea Utara mengesahka­n bahawa Kim berkunjung ke Beijing dan bertemu dengan Jinping, aktiviti yang disifatkan agensi berita rasmi Xinhua sebagai kunjungan tidak rasmi bermula Ahad hingga hari ini.

Kunjungan luar itu adalah yang pertama buat Kim sejak memimpin pada 2011. Penganalis­is percaya ia satu bentuk persediaan menjelang sidang kemuncak dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Agensi berita Korea Utara KCNA bagaimanap­un tidak menyebut sebarang ikrar untuk menghentik­an program nuklear mahupun pertemuan dengan AS.

Kunjungan Jong Un ke China dilakukan beberapa minggu selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menerima jemputan untuk bertemu pemimpin Korea itu.

Jong Un dipercayai mahukan pandangan China sebagai sekutu rapatnya menjelang pertemuan dengan Trump dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

“Jika Korea Selatan dan Amerika menerima baik usaha kami untuk mewujudkan suasana damai dan stabil, isu senjata nuklear dan semenanjun­g (Korea) akan ada penyelesai­an,” kata Jong Un yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

 ??  ?? XI Jinping (kanan) dan Kim Jong Un bersalaman semasa pertemuan mereka di Beijing. - Agensi
XI Jinping (kanan) dan Kim Jong Un bersalaman semasa pertemuan mereka di Beijing. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia