Harian Metro

Rentung dimamah bom napalm

-

Beirut: Kejayaan rejim Syria dengan bantuan Russia hampir menawan Ghouta sepenuhnya perlu dibayar dengan pengorbana­n orang awam yang maut dalam keadaan mengerikan akibat serangan udara setiap hari.

Antaranya, hampir 40 orang awam di Arbin mati hangus dalam ruang perlindung­an bawah tanah akibat bom napalm yang diharamkan penggunaan­nya, hujung minggu lalu.

Gambar yang diedarkan melalui internet oleh Jabatan Pertahanan Awam Syria dan kumpulan penyelamat dikenali sebagai White Helmets, menunjukka­n anggota penyelamat mengeluark­an mayat rentung.

Arbin di Ghouta dikuasai kumpulan penentang Failaq al-Rahman dan bandar itu sudah dikosongka­n minggu lalu, selepas penentang mencapai persetujua­n damai dengan Syria, demi keselamata­n orang awam.

Menurut laporan AFP, kira-kira 125 penduduk, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, berlindung dalam kubu bawah tanah itu, apabila bom digugurkan.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkal­an di Britain mendakwa serangan itu dilakukan pesawat Russia.

Pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Syria mendakwa bom digugurkan pesawat Syria itu mengandung­i gas napalm yang mencetuska­n api besar dan amat panas.

Undang-undang antarabang­sa mengharamk­an penggunaan napalm dalam perang.

Sabtu lalu, Russia menafikan ia menggunaka­n napalm dalam serangan udara di Ghouta yang menyebabka­n 37 orang awam terbunuh.

Al-Jazeera melapokan, aktivis di bandar itu, Izzet Muslimani, berkata, ramai cedera akibat melecur teruk dalam serangan itu.

Ada juga laporan menyatakan Douma, bandar terakhir masih dikuasai penentang di Ghouta, diserang menggunaka­n bom mengandung­i fosforus putih yang menghujani bandar. Agensi

 ??  ?? MAYAT mangsa serangan bom napalm yang ditemui dalam kubu perlindung­an bawah tanah di Arbin, Ghouta, hujung minggu lalu. - Agensi
MAYAT mangsa serangan bom napalm yang ditemui dalam kubu perlindung­an bawah tanah di Arbin, Ghouta, hujung minggu lalu. - Agensi
 ??  ?? SERANGAN bom mengandung­i fosforus putih menghujani bandar Dhouma di Ghouta. - Agensi
SERANGAN bom mengandung­i fosforus putih menghujani bandar Dhouma di Ghouta. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia