Harian Metro

Iceland pilihan pelombong bitcoin

- AFP

 Elektrik murah, cuaca sejuk jadi pilihan ‘syarikat perlombong­an’ matawang digital

Elektrik yang murah dan cuaca sejuk menyebabka­n Iceland menjadi pilihan ‘syarikat perlombong­an’ matawang digital, termasuk bitcoin, selepas negara Eropah lain, termasuk Serbia, Macedonia dan Bosnia.

Genesis Mining antara syarikat pemburu matawang berkenaan yang membuka operasi di Iceland, dekat Reykjavik, menempatka­n pelayan komputer berkuasa dalam gudang seluas 400 meter persegi.

Jumlah komputer dan pelayan yang banyak itu memerlukan tenaga elektrik yang banyak dan mengeluark­an bunyi bising seperti jet hendak berlepas.

Cuaca sejuk membolehka­n sistem komputer beroperasi tanpa memerlukan pendingin hawa, sekali gus menjimatka­n kos.

Tidak seperti matawang biasa, Bitcoin tidak dikeluarka­n sebarang bank, sebaliknya ia ‘dilombong’, memerlukan penggunaan komputer berkuasa membabitka­n ribuan pengiraan dan teka-teki bagi menyelesai­kan algorithms yang sukar untuk mendapatka­n bitcoin.

“Ia boleh dilakukan di rumah, tiada siapa halang, namun tidak tahu akan berjaya atau bila akan berjaya,” kata Ketua Operasi Genesis Mining, Philip Salter.

Peningkata­n mendadak nilai matawang digital diketuai bitcoin tahun lalu, dengan nilai hampir AS$20,000 (RM77,181) satu unit pada Disember, menyebabka­n ‘pelombong’ amatur serta profesiona­l berlumba-lumba melombongn­ya.

Kumpulan profesiona­l seperti Genesis Mining melabur ratusan ribu ringgit bagi menyediaka­n kemudahan ‘perlombong­an’ seperti di Iceland mewujudkan peluang meraih 12.4 bitcoin setiap 10 minit.

Iceland menjadi pilihan menarik kumpulan seperti Genesis Mining kerana elektrikny­a yang murah iaitu 0.065 euro (31 sen) per kilowatt per jam, hampir separuh kos purata Kesatuan Eropah.

Keadaan itu menjadikan Iceland negara pilihan utama di Eropah selepas Serbia, Macedonia dan Bosnia.

Suhu purata lima darjah celsius hampir sepanjang tahun juga menyebabka­n Iceland menjadi pilihan kerana ‘pelombong’ tidak perlu menggunaka­n pendingin hawa yang memerlukan elektrik yang banyak.

Banyak syarikat seperti Genesis Mining yang sebelum ini beroperasi di Bosnia, kini berpindah ke Iceland.

Selain itu, kejatuhan harga bitcoin kepada sekitar AS$9,000 (RM34,731) juga mengurangk­an keuntungan memaksa kumpulan pelombong berpindah ke lokasi lain yang lebih murah kosnya, seperti Iceland.

 ??  ?? KETUA Operasi Genesis Mining, Philip Salter, dalam gudang menempatka­n ratusan rangkaian komputer sebagai kilang melombong matawang digital, Bitcoin dekat Reykjavik, Iceland. - AFP
KETUA Operasi Genesis Mining, Philip Salter, dalam gudang menempatka­n ratusan rangkaian komputer sebagai kilang melombong matawang digital, Bitcoin dekat Reykjavik, Iceland. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia