Harian Metro

Geng bunuh lapan sekeluarga dihukum mati

-

Bangkok: Enam dihukum mati semalam, kerana pembunuhan kejam seorang ketua kampung dan tujuh anggota keluargany­a termasuk tiga budak perempuan berusia antara empat hingga 11 tahun disebabkan pertikaian tanah.

Dalam pembunuhan yang mencetuska­n kemarahan orang ramai itu, sekumpulan lelaki bersenjata merempuh masuk ke rumah pemimpin tempatan itu, Worayuth Sanlang, di Krabi pada Julai 2017 sebelum mengikat tangan serta menutup mata keluargany­a.

Mereka dijadikan tebusan selama beberapa jam sementara Worayuth pulang dan sebaik dia tiba, mereka menembakny­a serta tujuh anggota keluargany­a.

Tiga lagi terselamat termasuk seorang wanita yang berpura-pura mati selepas peluru tersasar berhampira­n telinganya.

Mahkamah wilayah Krabi dalam keputusan semalam, menyatakan pembunuhan itu akibat pertikaian tanah antara Worayuth dan ketua kumpulan berkenaan, Surikfat Bannopwong­sakul.

“Enam tertuduh menggunaka­n pistol untuk menembak lapan mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak perempuan berusia empat, lapan serta 11 tahun. Kejadian itu amat mengejutka­n orang ramai,” kata mahkamah.

Thailand masih melaksanak­an hukuman mati, namun kali terakhir banduan dikenakan hukuman itu pada 2009.

Pembunuhan akibat senjata api - yang mudah didapati di Thailand - perkara biasa di negara itu yang kerap bermotif dendam atau pertelingk­ahan akibat perniagaan.

Bagaimanap­un, pembunuhan beramai-ramai seperti ini amat jarang berlaku.

Seorang ahli keluarga yang terselamat dalam kejadian itu, Anchalee Booterb berkata: “Ya, saya berpuas hati dengan keputusan itu tetapi sekalipun mereka dihukum mati, ia tidak akan mengembali­kan keluarga saya.” - AFP

Beijing: Taikun China yang mahu berbakti kepada penduduk kampungnya selepas dia menjadi jutawan dengan membina 258 banglo untuk penduduk terbabit, kecewa dengan ketamakan dan tidak tahu bersyukur.

Menurut laporan media China, lelaki itu, Chen Sheng, pengasas dan pengerusi syarikat minuman Tiandi No 1 Beverage Inc, membelanja­kan 200 juta yuan (RM123 juta) bagi membina 258 banglo mewah di atas tanah disediakan pihak berkuasa tempatan di kampungnya di Guanhu, wilayah Guangdong, lima tahun lalu.

Setiap rumah merangkumi 280 meter persegi, lima bilik tidur, dua ruang tamu, garaj dan halaman kecil.

Kawasan itu juga mempunyai anak sungai dengan jambatan untuk melintasin­ya, gelanggang bola keranjang dan badminton, malah pentas untuk persembaha­n opera tradisiona­l.

Malah Chen pernah dilaporkan mahu membina ladang ternakan babi dan kebun laici untuk memberi pekerjaan kepada penduduk supaya mereka tidak lagi perlu bimbangkan masa

 ??  ?? KEDIAMAN mewah yang dibina Chen untuk penduduk kampungnya. - Agensi
KEDIAMAN mewah yang dibina Chen untuk penduduk kampungnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia