Harian Metro

Cabaran sukar

- Naqib Nor Said naqib@nstp.com.my

 Triam sasar Xian Hao, Serena berada dalam kelompok 20 teratas di Sukan Komanwel

Persatuan Triathlon Malaysia (Triam) enggan meletakkan sasaran tinggi ke atas dua atletnya - Chong Xian Hao dan Serena Yang yang akan membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Gold Coast bermula 4 hingga 15 April depan.

Xian Hao, 17, dan Serena, 26, (gambar) dipilih mewakili Malaysia ke temasya kedua terbesar dunia itu selepas muncul juara Kejohanan Kebangsaan pada November lalu.

Bagi pengurus pasukan, Andy Yeo, sudah memadai jika kedua-dua wakil negara itu dapat menempatka­n diri dalam kalangan 20 kelompok teratas, apatah lagi majoriti pencabar terdiri daripada atlet triathlon bertaraf dunia.

“Ini akan menjadi cabaran sukar bagi Xian Hao dan Serena terutamany­a kerana mereka akan berdepan cabaran atlet dari Eropah, Australia dan New Zealand yang menjadi kilang melahirkan jaguh triathlon.

“Apapun kami tetap meletakkan sasaran untuk mereka melakukan lebih baik daripada jiran Asia selain berharap dapat berada di kedudukan 20 teratas,” kata Andy.

Serena bagaimanap­un boleh dianggap bernasib baik selepas pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Irene Chong tidak terpilih gara-gara mempunyai masalah keluarga.

“Untuk acara lelaki (Xian Hao) sudah diputuskan sejak tahun lalu tetapi untuk wanita hanya dimuktamad­kan awal tahun ini selepas Irene Chong tidak dapat dipilih untuk sesi pemilihan pertama disebabkan masalah keluarga,” katanya.

“Sebenarnya susah untuk kita menghantar dua atlet saja. Ini adalah slot yang diperuntuk­kan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

“Walaupun triathlon makin berkembang di Malaysia, ia masih sukan yang agak baru, tidak seperti negara lain yang mempunyai perlumbaan triathlon tempatan setiap hujung minggu.”

Untuk kali ini, triathlon hanya akan mempertand­ingkan acara pecut membabitka­n renang 750 meter, berbasikal 20 km, berlari 5 km), tidak seperti acara standard (renang 1.5km, berbasikal 40km, berlari 10km).

 ??  ?? XIAN Hao
XIAN Hao
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia