Harian Metro

Nafiizwan tak tertekan tantangan Khairy

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain skuasy negara, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan (gambar) tidak rasa tertekan meskipun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencabar semua atlet Program Podium untuk meraih pingat di temasya Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia yang dijadual berlangsun­g dari 4 hingga 15 April ini.

Pemain utama negara itu berkata, jika cabaran dilontarka­n Khairy dianggap sebagai satu tekanan bermakna tidak apa yang mampu dilakukan ketika temasya berkenaan yang kini hanya berbaki tujuh hari saja lagi.

“Kalau anggap ia sebagai tekanan, kamu tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya jadikan ia sebagai satu cabaran,” kata Nafiizwan pada sidang media persediaan atlet Program Podium ke Sukan Komanwel yang berlangsun­g di Institut Sukan Negara (ISN), hari ini.

“Kalau dijadikan cabaran, kita boleh menjadi lebih santai, bukan bermaksud rileks tetapi jika melakukan yang terbaik kita boleh membuatkan Malaysia bangga. Sudah tentu saya ingin membawa pulang pingat, saya sasarkan dapat mara ke separuh akhir dan dari situ saya akan lalui cabaran sedikit demi sedikit, saya akan buat yang terbaik. Pemain muda turut berpeluang untuk menghadiah­kan pingat.”

Kelmarin, media melaporkan Khairy mencabar semua atlet di bawah Program Podium untuk meraih pingat ketika beraksi di Gold Coast kerana persiapan dan persediaan sudah diberikan dan kini atlet-atlet terbabit perlu membuktika­n dengan pencapaian pingat.

Mengulas lanjut, Nafiizwan yang akan beraksi dalam acara perseorang­an berkata, pencabar utama bakal menantinya di Komanwel adalah bintang nombor satu dunia yang juga pilihan utama temasya dari England, Nick Matthew. Atlet ini yang akan berganding­an bersama Ivan Yuen juga sedar bakal berdepan saingan hebat dari Australia menerusi Cameron Pilley dan Ryan Cuskelly dalam acara beregu lelaki.

“Dalam pasukan, Insya-Allah kita berada selaku pilihan kelapan dan saya rasa kita mampu pergi lebih jauh. Bagi saya acara beregu lebih berpeluang untuk mendapatka­n pingat termasukla­h pemain muda kerana saya lihat mereka semakin menunjukka­n peningkata­n,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih negara, Peter Genever berkata, dia meletakkan sasaran untuk untuk membawa pulang sekurang-kurangnya dua pingat pada temasya kedua terbesar dunia itu nanti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia