Harian Metro

‘Identiti pemain kekal rahsia sampai keputusan diumum’

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) menegaskan kes membabitka­n dua pemain profesiona­l Malaysia yang disyaki terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan perlu kekal sulit sehingga keputusan rasmi diumumkan.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Michelle Chai, berkata BWF dalam jawapan bertulis kepada badan induk itu, minggu lalu memaklumka­n ia bertujuan untuk memberi pembelaan yang adil kepada

Ratu gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi kali ini tampil lebih matang pada penampilan ketiganya di temasya Sukan Komanwel yang akan berlangsun­g di Gold Coast, Australia bulan depan.

Farah bersama barisan atlet gimnastik artistik negara yang akan berlepas ke Australia esok berkata, dia membuat persediaan rapi sejak awal tahun lagi.

Tidak lagi terikat dengan komitmen pelajaran, Farah menyifatka­n 2018 adalah tahun yang penting bagi dirinya. Justeru, dia mahu memberi 100 peratus fokus kepada latihan dan pertanding­an.

“Kali ini saya lebih bersedia. Lebih matang dan tahu siapa lawan yang akan saya tentang,” kata Farah yang mula menyertai temasya itu pada usia 16 tahun.

“Penyertaan pertama saya di New Delhi, India ketika berusia 16 tahun dan ketika itu saya terlalu muda. Penampilan kedua di Glasgow pula saya lebih kepada mencari keyakinan dan kali ini saya lebih matang dan lebih bersedia.

“Saya tahu siapa lawan saya kerana banyak kali bertanding bersama, jadi saya harap pengalaman mampu membawa saya merealisas­ikan impian untuk mara ke pentas final dalam acara individu.”

Menurutnya, sejak awal tahun lagi dia memberi tumpuan kepada latihan pagi dan petang bagi memastikan rutin yang dilakukan lebih mantap.

“Konsisten adalah kunci utama untuk mengoptimu­mkan keyakinan diri. Saya tahu saya boleh lakukan kedua-dua pemain yang dituduh.

“BWF memaklumka­n selagi pemain terbabit tidak terbukti bersalah, mereka berhak mendapat proses keadilan yang sewajarnya. Justeru, BWF kekal dengan pendirian kes ini perlu kekal sulit.

“Namun, ada perbezaan pendapat antara BWF dengan BAM dalam isu ini. Menerusi surat bantahan yang BAM hantar sebelum ini, kami ada mencadangk­an kepada mereka untuk mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung kes ini bagi mengelak daripada timbul spekulasi yang lebih buruk selepas ia menjadi perhatian umum,” kata Michelle ketika dihubungi, semalam.

Jawapan bertulis BWF itu adalah susulan daripada surat bantahan dihantar BAM yang meminta penjelasan terhadap keputusan badan induk dunia berkenaan tidak membenarka­n wakil BAM, Jadadish Chandra mengikuti hari kedua sesi pendengara­n yang berlangsun­g di Singapura, 27 Februari lalu.

“Mengenai Jadadish tidak dibenarkan mengikuti hari kedua sesi pendengara­n, BWF memaklumka­n ia adalah kuasa mutlak pengerusi panel yang dilantik. Pengerusi panel percaya komen yang dibuat Jadadish selepas tamat hari pertama sesi pendengara­n kepada media sudah mendedahka­n perkara yang sulit,” katanya.

Bagaimanap­un, Michelle menjelaska­n BWF berjanji akan menambah baik prosedur yang digunakan badan induk itu pada masa akan datang.

“BWF memaklumka­n ini adalah kes pertama yang mereka kendalikan membabitka­n kegiatan mengatur perlawanan, tetapi berjanji akan membuat semakan semula ke atas prosedur yang mereka gunakan pada masa akan datang,” katanya.

Ditanya sama ada BWF ada memaklumka­n tarikh badan induk itu akan mengumumka­n keputusan kes berkenaan, Michelle berkata: “Tiada maklumat mengenai perkara itu. Kami juga masih menunggu.”

 Ratu gimnas negara sasar layak final di Gold Coast

 ??  ?? FARAH buat persediaan rapi sejak awal tahun untuk menghadapi Sukan Komanwel.
FARAH buat persediaan rapi sejak awal tahun untuk menghadapi Sukan Komanwel.
 ??  ?? MICHELLE
MICHELLE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia