Harian Metro

Semangat Azizul tak pudar

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Azizulhasn­i Awang mungkin tidak berada dalam keadaan terbaik dari segi fizikal dan prestasi untuk menghadapi cabaran Sukan Komanwel Gold Coast, awal bulan depan susulan jangkitan virus yang dialami semasa Kejohanan Trek Dunia.

Namun, semangat pelumba bergelar ‘The Pocket Rocketman’ tidak luntur untuk terus bersaing dan memberikan cabaran sengit pada temasya itu selepas perbincang­an dengan ketua jurulatih John Beasley serta mendapat “lampu hijau” Institut Sukan Negara (ISN).

“Tiga atau dua minggu lalu memang saya tidak mahu pergi, namun selepas kembali menjalani latihan di trek minggu lalu, jurulatih memberi pilihan kepada saya untuk ke Gold Coast atau sebaliknya.

“Data

menunjukka­n (prestasi) tidak setanding dengan persembaha­n di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Nilai tempoh hari, iaitu prestasi terbaik dalam karier saya. Namun, bagi acara keirin, ia tidak bergantung sepenuhnya kepada prestasi. Ia memerlukan taktik, pengalaman, kemahiran dan elemen tuah. Sebagai jurulatih, beliau percaya saya mampu mengatasi kekurangan 30 peratus ketika ini (berbanding prestasi di ACC),” jelas Azizul.

Malah, pergi ke Gold Coast dengan rakan sepasukan, Shah Firdaus Sahrom yang berada pada tahap terbaik menambahka­n keyakinan pelumba dari Terengganu itu.

“Mungkin kami berpeluang masuk final dan mampu mengharapk­an pingat. Saya sendiri ke sana mahu membaiki pencapaian empat tahun lalu apabila meraih gangsa,” katanya.

Juara keirin dunia 2017 itu dan Shah Firdaus mengalami jangkitan virus ketika menyertai Kejohanan Trek Dunia di Belanda awal bulan ini, sekali gus gagal beraksi pada tahap sebenar.

“Keadaan makin baik selepas rawatan di ISN, secara umumnya masih belum 100 peratus... masih ada 10 atau lima peratus kerana saya masih batuk, suara serak dan tekak pedih,” jelas Azizul.

Sementara itu, Beasley menjelaska­n, beliau tidak meletakkan harapan tinggi buat Azizul untuk meraih pingat terutamany­a emas berdasarka­n keadaan semasa pelumba itu.

“Dia ke sana bersaing mengikut kemampuan semasanya. Keutamaann­ya adalah pulih sepenuhnya bagi merealisas­ikan emas Sukan Asia Ogos depan. Saya harap rakyat Malaysia memahaminy­a. Perancanga­n awal, saya mahu melakukan sesuatu bagi meningkatk­an prestasiny­a selepas pulang dari Belanda bagi menghadapi Sukan Komanwel, namun tidak berupaya kerana dia belum pulih sepenuhnya,” jelas jurulatih dari Australia itu.

 ??  ?? BEASLEY (tengah) bersama Azizul (kanan) dan Shah Firdaus ketika sidang media di ISN, semalam.
BEASLEY (tengah) bersama Azizul (kanan) dan Shah Firdaus ketika sidang media di ISN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia