Harian Metro

Harapan baru Malaysian Tigers

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

 Razie harap mimpi ngeri di Glasgow tak berulang

Pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim berharap mimpi ngeri empat tahun lalu di Glasgow, Scotland tidak berulang lagi pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Razie yang ketika itu menggalas tugas selaku kapten, menyaksika­n skuad negara menamatkan saingan di kedudukan ketujuh dengan reputasi paling tercalar adalah apabila tewas kepada Trinidad & Tobago di saingan peringkat kumpulan.

Prestasi buruk itu mengundang kecaman hebat sehingga ketua jurulatih ketika itu, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah direhatkan.

Meskipun tidak lagi memikul tugas selaku kapten pada edisi kali ini, Razie tetap mengharapk­an rakan sepasukann­ya dapat memberi komitmen tinggi pada setiap perlawanan.

“Bagi saya segala kritikan kami ambil sebagai cabaran. Hakikatnya memang kami tidak boleh lari daripada kritikan,” kata Razie yang yakin Malaysian Tigers mampu memenuhi sasaran ditetapkan.

“Dengan kritikan itulah yang meningkatk­an lagi semangat kami. Sudah pasti pada Sukan Komanwel kali ini kami perlu meraih pencapaian lebih baik berbanding empat tahun lalu.

“Selepas diletakkan di bawah Program Podium, saya lihat banyak sokongan diberikan kepada kami terutamany­a daripada sudut sains sukan.

“Harap dengan sokongan yang diberikan ini, kami mampu meraih pencapaian lebih baik.”

 ?? Muhammad Razie Abd Rahim ?? RAZIE (kanan) mahu rakan sepasukan beri komitmen tinggi pada setiap perlawanan. Bagi saya segala kritikan kami ambil sebagai cabaran. Hakikatnya memang kami tidak boleh lari daripada kritikan,”
Muhammad Razie Abd Rahim RAZIE (kanan) mahu rakan sepasukan beri komitmen tinggi pada setiap perlawanan. Bagi saya segala kritikan kami ambil sebagai cabaran. Hakikatnya memang kami tidak boleh lari daripada kritikan,”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia