Harian Metro

‘Jangan lepas peluang jaring gol’

-

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah tidak mahu barisan pemainnya mensia-siakan peluang untuk menjaringk­an gol pada saingan Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia bulan depan.

Meskipun mengakui Malaysian Tigress tampil dengan watak lebih meyakinkan pada temasya kali ini, Dhaarma masih gusar dengan kegagalan pemainnya untuk menyempurn­akan peluang yang terhidang seperti yang dilalui dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

“Terus terang saya beritahu prestasi pasukan ini memang sudah meningkat,” kata Dhaarma yang menganggap faktor penyudah membezakan skuad negara dengan pasukan-pasukan lain.

“Tapi, masalah utama adalah mereka tak dapat jaringkan gol apabila memperoleh peluang itu. Ia jauh berbeza berbanding pasukan lelaki yang dapat menyempurn­akan peluang dengan baik menerusi jaringan padang atau pukulan sudut penalti.

“Jadi, sukar untuk saya memberitah­u sejauh mana lagi pasukan ini boleh pergi. Kadangkala pada hari yang mereka mampu menjaringk­an gol, maka ketika itulah kita dapat keputusan yang baik.

“Sebab itu saya harap pada saingan kali ini pemain perlu memanfaatk­an setiap peluang untuk jaringkan gol. Jika tidak, kita akan berdepan masalah kerana pasukan lain jelas lebih baik.”

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama England, India, Afrika Selatan dan Wales.

 ??  ?? DHAARMA (tengah) harap anak buah tingkat ketajaman di depan gawang lawan.
DHAARMA (tengah) harap anak buah tingkat ketajaman di depan gawang lawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia