Harian Metro

‘Mimpi ngeri’ Del Potro mara ke suku akhir Terbuka ATP Miami

- Reuters

 Lexi dikenakan penalti empat pukulan selepas meletakkan bola di tempat salah

Pemain nombor dua dunia, Lexi Thompson berkata, dia masih merasai mimpi ngeri 12 bulan selepas melanggar peraturan yang menyebabka­n dia dikenakan penalti empat pukulan dan terlepas kemenangan di ANA Inspiratio­n dekat California.

Penalti berkenaan yang hadir selepas pemain Amerika Syarikat itu meletakkan bolanya di tempat yang salah selepas menandanya pada pusingan ketiga, membawa kepada kekalahan di pusingan playoff di tangan pemain Korea Selatan, Ryu So-yeon.

“Malam itu amat sukar,” kata Lexi, dua hari sebelum kejohanan utama pertama 2018 di Rancho Mirage, California.

“Saya menjerit dan menangis. Saya mengalami mimpi ngeri mengenainy­a dan saya masih merasainya. Ia amat sukar. Saya menjauhi media sosial selepas itu kerana media membesarka­n cerita itu membuatkan saya rasa

(gambar)

amat teruk.

“Saya perlu melepaskan­nya dan membiarkan masa berlalu.”

Insiden menimpa Lexi menyebabka­n peraturan global berubah yang mengehadka­n penggunaan bukti video yang dipanggil ‘Lexi rule’.

Pemain tidak lagi boleh dikenakan penalti akibat melanggar peraturan jika tidak dilihat dengan mata kasar, walaupun video menunjukka­n sebaliknya.

Protokol baru itu juga menggugurk­an penalti tambahan dua pukulan kerana melakukan kiraan salah jika pemain tidak sedar ia dilakukan.

Ia sesuatu yang amat teruk buat Lexi, kerana dia dikenakan penalti dua pukulan kerana kesalahan dilakukann­ya dan kemudian dua pukulan lagi kerana kiraan scorecard pusingan ketiga sebelum kesalahan itu dilaporkan. Miami: Juan Martin del Potro

menggembir­akan penyokongn­ya apabila mara ke suku akhir Terbuka ATP Miami dengan menewaskan pemain Serbia, Filip Krajinovic 6-4, 6-2, awal pagi semalam.

Dibantu sokongan padu penyokong, pemain Argentina berusia 29 tahun itu bangkit selepas ketinggala­n 1-4 di set pertama dan menang sembilan permainan berturut-turut untuk mara peringkat seterusnya dengan pemain Kanada, Milos Raonic menantinya di suku akhir hari ini.

Prestasi hebat Del Potro berterusan selepas menjulang trofi Indian Wells dan mengekalka­n momentumny­a di Key Biscayne sebelum venue itu berpindah ke Stadium NFL Miami Dolphins, tahun depan.

“Bermain di sini sangat istimewa

(gambar)

buat pemain daripada Amerika Selatan dan saya mahu menikmatin­ya untuk kali terakhir di Key Biscayne. Saya tahu ramai peminat Argentina tinggal di sini dan mereka sangat rapat. Saya pasti merindui mereka,” kata Del Potro.

Cuaca berangin menjejaska­n persembaha­n semua pemain dan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat itu memerlukan masa untuk mendapatka­n rentak ketika menentang pemain ranking ke-27, Krajinovic.

“Cuaca tidak baik untuk bermain tenis. Kami tidak dapat memerhatik­an bola 100 peratus dan gagal memukulnya dari garisan belakang,” kata Del Potro.

“Saya yakin akan beraksi lebih baik esok. Cuaca yang lebih baik akan membantu saya di atas gelanggang.” - AFP

 ??  ?? SO-YEON
SO-YEON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia