Harian Metro

Sloane jumpa Victoria, rebut tempat ke final

-

Miami: Pemain tenis wanita Amerika Syarikat, Sloane Stephens meraikan kejayaan berganda selepas menewaskan pemain Jerman, Angelique Kerber 6-1, 6-2 , awal pagi semalam untuk mara ke separuh akhir Terbuka Miami menentang bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka.

Sloane yang juga pilihan ke-13 kejohanan mara ke peringkat itu buat kali pertama di Key Biscayne, sekali gus juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat itu bakal tersenarai dalam sepuluh pemain terbaik dunia apabila ranking WTA dikeluarka­n minggu depan.

Dia akan menentang juara dua kali Terbuka Australia, Victoria untuk merebut tempat ke final pada Sabtu ini. Pemain Belarus itu menewaskan pilihan kelima kejohanan, Karolina Pliskova, 7-5, 6-3.

“Saya sangat letih melihat kedudukan saya di tempat ke-11 dunia,” kata Sloane

(gambar)

sambil tersenyum. “Sangat teruja untuk berada di kelompok itu. Sesuatu yang saya mahukan sejak sekian lama. Tersenarai dalam 10 teratas sangat istimewa.”

Sementara itu Victoria, menikmati prestasi terbaik sejak melahirkan anak pertama pada Disember lalu dan akan menentang Sloane yang menewaskan­nya 6-1, 7-5 di Indian Wells tiga minggu lalu.

Victoria, 28, yang menjuarai Terbuka Miami pada 2009, 2011 dan 2016 bakal kembali ke ranking 100 teratas apabila WTA mengeluark­an senarai terkini pada Isnin depan.

“Tidak mudah beraksi dalam cuaca berangin. Saya perlu berjuang dan menyesuaik­an corak permainan,” kata Victoria selepas tamat perlawanan menentang Karolina. “Saya sangat gembira kembali semula beraksi pada peringkat ini. Saya hanya mahu maju ke depan.”

“Saya perlu beraksi lebih baik berbanding sebelum ini dengan mengurangk­an kesilapan,” katanya lagi.

Sementara itu, kejayaan terbaik Sloane di kejohanan itu ialah mara ke suku akhir pada 2015 dan sudah pasti keupayaan menewaskan pemain ke-10 dunia menjadi perangsang semangat untuk mara ke final.

Sejak menjuarai grand slam Terbuka Amerika Syarikat di Flushing Meadows pada September lalu, pemain berusia 25 tahun itu gagal mengekalka­n momentum. Dia hadir ke Key Biscayne dengan reputasi tak pernah menewaskan 50 pemain teratas tetapi pada minggu ini, dia kembali temui rentak dan mula dahagakan kejayaan.

Juara bertahan Wimbledon, Garbine Muguruza mudah diatasinya dengan kemenangan straight sets, Isnin lalu dan Angelique juga terpaksa menerima rawatan ketika menentang Sloane.

Cuaca berangin menjejaska­n persembaha­n kedua-dua pemain tetapi Sloane terlebih dulu bijak menyesuaik­an diri. Pukulan mengeliruk­an dan ketangkasa­n pergerakan menyebabka­n Angelique berputus asa dan gagal menemui rentak. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia