Harian Metro

Persoal sistem VAR

- AFP

 Southgate tak setuju guna teknologi sama dalam Liga Perdana kerana keputusan salah boleh berlaku

Pengurus England, Gareth Southgate mempersoal­kan penggunaan sistem Video

Bantuan Pengadil

(VAR)

selepas skuadnya dinafikan kemenangan keenam berturut-turut dan kejayaan manis ke atas Itali di Stadium Wembley, awal pagi semalam.

Skuad Three Lions hampir meraikan kejayaan bermakna pada aksi pemanas badan Piala Dunia sehinggala­h penalti Lorenzo Insigne

tiga minit sebelum tamat menyelamat­kan Itali menerusi keputusan seri 1-1.

Bagaimanap­un, pelawat diberikan penalti selepas pengadil Jerman, Deniz Aytekin menukar keputusan awalnya untuk tidak memberikan sepakan itu apabila pemain gantian, Federico Chiesa terjatuh selepas cabaran daripada James Tarkowski menerusi rakaman VAR.

“Saya gembira ia bukan Piala Dunia lagi,”

(gambar)

kata Southgate.

“Saya rasa peraturann­ya ‘sangat jelas’. Ia membolehka­n anda berdebat sepanjang hari.”

Southgate menambah dia tidak setuju dengan penggunaan teknologi sama seperti dalam Liga Perdana walaupun ia memerlukan wang yang banyak tetapi keputusan salah masih boleh berlaku.

“Saya lebih suka keputusan pengadil adalah muktamad. Ia sukan dan kita tidak sepatutnya bercakap berapa banyak wang diperlukan atau digunakan.”

England berada di landasan tepat untuk meneruskan rentak kemenangan selepas kejayaan 1-0 mengatasi Belanda Jumaat lalu dan seri berdepan pasukan pilihan Piala Dunia, Jerman serta Brazil pada November hasil gol pembukaan Jamie Vardy pada minit ke-26.

“Secara keseluruha­n, selepas dua perlawanan saya sangat gembira,” kata Southgate.

“Dalam empat perlawanan terakhir kami menentang empat negara terbesar di dunia, tahap yang lain, dan menjadi kompetitif dalam setiap satu daripadany­a.”

Jaringan penyamaan Insigne ialah gol pertama dilepaskan England dalam enam perlawanan. - AFP

 ??  ?? SOUTHGATE (tengah) tidak gembira dengan penggunaan VAR ketika England bertemu Itali.
SOUTHGATE (tengah) tidak gembira dengan penggunaan VAR ketika England bertemu Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia