Harian Metro

Mesir pincang tanpa Salah

-

Pemain Terbaik Tahunan Afrika, Salah menjaringk­an 36 gol daripada 41 penampilan bersama Liverpool musim ini, hanya 11 gol kurang daripada rekod dilakukan legenda The Reds, Ian Rush.

Bagaimanap­un, keputusan jurulatih Mesir, Hector Cuper merehatkan Salah dalam aksi di Zurich itu menyaksika­n skuadnya gagal menyerlah.

Jaringan kemenangan Greece hadir pada minit ke-29 melalui tandukan Nikos Karelis yang tidak dikawal selepas mendapat hantaran lintang daripada sebelah kiri padang.

Greece menguasai babak kedua permainan berbanding juara tujuh kali Afrika itu yang kembali menyertai Piala Dunia selepas 28 tahun.

Salah menjaringk­an gol ketika menentang juara

Eropah, Portugal Jumaat lalu sebelum penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo memperoleh­i dua gol pada minit kecederaan untuk menang 2-1.

Tunisia yang kembali ke Piala Dunia selepas gagal layak dalam kejohanan sebelum ini menewaskan Costa Rica, 1-0 di Nice. Pemain Sunderland,

Wahbi Khazri

yang dipinjamka­n ke kelab Rennes di Ligue 1 muncul wira dengan menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-35. Dalam perlawanan sebelum itu, mereka menang 1-0 ke atas Iran hasil jaringan gol sendiri pemain lawan.

Sementara itu, Ayoub el Kaabi yang menjaringk­an sembilan gol dalam Kejohanan Piala Negara Afrika lalu, menjaringk­an gol pembukaan ketika Maghribi menewaskan Uzbekistan 2-0 di Casablanca.

Kejayaan Singa Atlas itu adalah yang kedua selepas menewaskan Serbia di Turin minggu lalu, sekali gus mengekalka­n rekod cemerlang di bawah kendalian jurulatih dari Perancis, Herve Renard.

Nigeria pula yang melakukan kejutan dengan menewaskan Poland minggu lalu gagal mengekalka­n momentun apabila tewas 2-0 di tangan Serbia di London. Kedua-dua gol Serbia dijaringka­n Aleksandar Mitrovic. AFP

 ??  ??
 ??  ?? SALAH tidak diturunkan ketika menentang Greece.
SALAH tidak diturunkan ketika menentang Greece.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia