Harian Metro

Hatrik Isco julang La Roja

-

kalahan 7-1 di tangan Jerman pada separuh akhir Piala Dunia sebelum ini.

“Ia berkaitan maruah, ia sudah tertulis,” kata pertahanan Brazil,

Thiago Silva.

“Jersi ini berhak mendapat lebih penghormat­an. Kerana itu saya gembira menang mengatasi lawan yang kuat.”

Juara bertahan Piala Dunia, Jerman kini tanpa kemenangan dalam empat perlawanan selepas seri berdepan England, Perancis dan Sepanyol.

“Ia memang sudah dijangkaka­n ketika bertemu Brazil, dengan jiwa mereka yang cedera, bermain dengan pasukan terbaik mereka dan sangat bermotivas­i,” kata Loew.

“Ia bukan hari kami. Kami melakukan terlalu banyak kesilapan, yang membenarka­n Brazil untuk meningkatk­an kekuatan dan keyakinan.

“Kami memiliki beberapa pemain muda yang akan belajar daripada ini, tetapi sebagai tambahan, ada bahasa badan yang tidak betul pada sebahagian pemain.” Madrid: Sepanyol memalukan Argentina 6-1 dalam aksi persahabat­an awal pagi semalam, tetapi jurulatih, Julen Lopetegui enggan pemainnya mengambil mudah cabaran pada Piala Dunia di Russia.

Kemenangan bergaya di Stadium Wanda Metropolit­ano itu yang dibantu hatrik Isco mengukuhka­n lagi reputasi Sepanyol sebagai salah satu pasukan pilihan di Russia.

Diego Costa yang kembali menyertai kesebelasa­n utama buat kali pertama dalam lapan perlawanan antarabang­sa menjaringk­an gol pembukaan pada minit ke-11 hasil rembatan dalam kotak penalti.

Isco kemudianny­a menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-26 sebelum pemain Argentina, Nicolas Otamendi merapatkan jurang tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan menyaksika­n penguasaan menyeluruh pasukan tuan rumah dengan jaringan Thiago Alcantara, pemain gantian Iago Aspas dan dua gol Isco melengkapk­an malam derita Argentina yang beraksi tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan.

“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ke atas naib juara Piala Dunia lalu. Argentina adalah lawan yang memiliki sejarah fantastik. Apapun, itu semua tidak boleh dijadikan ukuran. Kami perlu memulakan perlawanan Piala Dunia dengan mata kosong dalam peringkat kumpulan,” kata Lopetegui.

Kekalahan memalukan itu menimbulka­n kebimbanga­n terhadap pertahanan Argentina dengan jurulatih, Jorge Sampaoli perlu mengatasin­ya dalam masa kurang tiga bulan sebelum Piala Dunia bermula.

“Saya bertanggun­g jawab di atas kekalahan ini,” kata Sampaoli.

Beliau mungkin terlalu mengharapk­an Messi yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan hamstring.

“Leo berlatih bersama kami, tetapi kakinya masih kurang selesa,” katanya.

Sergio Aguero dan Angel Di Maria juga cedera, tetapi masalah Argentina ialah kurang mencipta peluang sementara ketajaman penyudah pemain Sepanyol Costa, Isco dan Marco Asensio sukar dibendung.

Kemenangan itu juga bermakna Sepanyol telah menjaringk­an gol dalam semua 18 perlawanan antarabang­sa di bawah kendalian Lopetegui sekali gus rekod baru buat jurulatih Sepanyol. - Reuters

 ??  ?? JESUS (kanan) menanduk masuk gol kemenangan Brazil. PEMAIN Brazil meraikan gol Jesus (dua kiri).
JESUS (kanan) menanduk masuk gol kemenangan Brazil. PEMAIN Brazil meraikan gol Jesus (dua kiri).
 ?? Julen Lopetegui ?? ISCO (kanan) ceria bersama
Iago Aspas. Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ke atas naib juara
Piala Dunia lalu”
Julen Lopetegui ISCO (kanan) ceria bersama Iago Aspas. Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ke atas naib juara Piala Dunia lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia