Harian Metro

Tetap sokong

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Devinder Singh devinder@nstp.com.my

 Tunku Ismail yakin Harimau Malaya kembali mengaum

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memohon maaf susulan kemarau kemenangan dihadapi skuad Harimau Malaya sepanjang menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers, beliau yang melepaskan jawatannya selaku orang nombor satu FAM, baru-baru ini, turut mengucapka­n selamat maju jaya dan mengakui akan sentiasa memberi sokongan kepada skuad kebangsaan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya. Saya juga ingin meminta maaf kepada pasukan kebangsaan kerana sepanjang saya menjadi Presiden FAM, anda tidak pernah menang.

“Sekarang saya sudah tiada dan saya harap anda semua akan menang. Bagaimanap­un, doa dan sokongan saya sentiasa bersama jurulatih dan pemain yang mewakili pasukan kebangsaan,” katanya, semalam.

Pada masa sama, Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu turut melontarka­n keyakinan betapa skuad kebangsaan mampu meraih kemenangan pada masa akan datang.

“Saya yakin satu hari nanti pasti anda semua akan bangkit dan akan membuat seluruh negara bangga dengan pencapaian pasukan kebangsaan,” katanya.

Selepas tunduk 2-1 di tangan Lubnan pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut, malam kelmarin, skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe terus kempunan untuk meraih kemenangan dalam 12 perlawanan diharungi.

Kali terakhir skuad kebangsaan mencatat kemenangan adalah pada 20 November 2016 ketika mereka membenam Kemboja 3-2 pada saingan Piala AFF di Yangon, Myanmar. Bagaimanap­un, mereka berpeluang untuk menamatkan kemarau kemenangan apabila bertemu Bhutan pada satu lagi aksi persahabat­an di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini. Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menghambur­kan pujian kepada ‘generasi baru’ skuad kebangsaan meskipun dikecewaka­n gol minit akhir, sekali gus tewas 1-2 di tangan Lubnan pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Beirut, malam kelmarin.

Walaupun kekalahan itu menyaksika­n Malaysia terus kempunan untuk meraih kemenangan dalam 12 perlawanan, namun skuad kebangsaan memperagak­an aksi jauh lebih baik berbanding ketika seri 2-2 dengan Mongolia, sekali gus memberi sinar buat bola sepak negara pada masa akan datang.

Hanya

jaringan

Hilal El-Helwe pada masa kecederaan menafikan peluang Malaysia untuk berkongsi satu mata dan menyaksika­n skuad negara menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot menerusi satu mata selepas melengkapk­an enam perlawanan.

Cheng Hoe yang meletakkan kepercayaa­n kepada Irfan Zakaria dan Shahrul Saad untuk mengemudi pertahanan tengah mengakui anak buahnya beraksi dengan baik walaupun ada antaranya dipanggil pada saat akhir susulan ‘penggugura­n’ 12 pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Untuk beraksi buat kali pertama selepas hanya berlatih selama tiga hari, pemain saya memberikan persembaha­n yang sungguh mengagumka­n,” kata Cheng Hoe.

“Pujian harus diberikan kepada pemain kerana mereka sudah memberikan yang terbaik. Kita tahu Lubnan jauh lebih baik berbanding kita. Tapi inilah generasi baru skuad kebangsaan.”

Lubnan yang menghuni ranking ke-87 dunia dijangka menang mudah ke atas Malaysia yang menghuni ranking ke-178 dunia selepas mendahului permainan seawal minit ke-19 menerusi jaringan penalti kapten Hassan Maatouk.

Bagaimanap­un, Malaysia yang diterajui Zaquan Adha Radzak mengejutka­n tuan rumah apabila menguasai permainan selepas ketinggala­n yang menyaksika­n percubaan Matthew Davies terkena palang.

Syafiq Ahmad meledak gol penyamaan pada minit ke-72, empat minit selepas dimasukkan selaku pemain gantian untuk gol antarabang­sa pertamanya dalam tiga penampilan.

Bagaimanap­un, Malaysia yang dipaksa untuk bertahan akhirnya tunduk selepas El-Helwe meledak gol kemenangan, sekali gus menafikan hasrat pelawat untuk meraih satu mata.

“Saya harap situasi ini dapat dijadikan pengajaran supaya kekal fokus sepanjang 90 minit,” kata Cheng Hoe selepas Lubnan turut meledak gol lewat permainan sebelum menang 2-1 pada aksi pertama di Larkin, tahun lalu.

Malaysia akan menentang Bhutan, pasukan ranking ke-188 dunia, bagi satu lagi aksi persahabat­an di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini dengan misi untuk meraih kemenangan pertama dalam tempoh 16 bulan.

 ??  ?? TUNKU ISMAIL
TUNKU ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia