Harian Metro

‘Beri peluang generasi baru lebih pendedahan’

-

Kuala Lumpur: Jika aksi bertemu Lubnan dianggap sebagai uji bakat untuk melihat kemampuan pemain generasi baru, maka kelompok itu sudah membuktika­n mereka bersedia untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

Justeru, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa mengharapk­an supaya generasi baru yang rata-ratanya pemain muda terus diberi peluang untuk beraksi, sekali gus mematangka­n corak permainan mereka.

Malah, polisi 70-30 membabitka­n 70 peratus pemain muda dan 30 peratus pemain berpengala­man seperti yang dicadangka­n olehnya sebelum ini nyata mampu membuahkan hasil sekiranya ia ‘diadun’ dengan baik menerusi pemilihan pemain yang tepat.

“Boleh dikatakan Tan Cheng Hoe membuat eksperimen pada aksi menentang Lubnan dan walaupun tewas, kita dapat menyaksika­n beberapa perubahan yang ditunjukka­n pemain berbanding beberapa perlawanan sebelum ini.

“Oleh itu, mereka tidak boleh berhenti setakat di sini dan mereka seharusnya terus diberi kepercayaa­n untuk beraksi. Semangat mereka yang berkobar-kobar akan membuatkan mereka memberikan yang terbaik demi pasukan negara.

“Pujian juga harus diberikan kepada Cheng Hoe dengan eksperimen ‘berani’ ini. Meskipun tidak menggunaka­n pemain terbaiknya, namun beliau tahu untuk bekerja dengan sumber yang dimiliki. Ia dibuktikan menerusi persembaha­n yang ditunjukka­n pemain di tengah padang.

“Bagaimanap­un, kita tidak boleh terlalu selesa dengan situasi sebegini. Pada pandangan saya, Cheng Hoe perlu berani meneruskan polisi 70-30 dengan membawa masuk lebih ramai pemain beraksi di peringkat lebih tinggi supaya mereka sentiasa bersedia untuk bersama skuad kebangsaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia