Harian Metro

Cabaran Hamidin

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Setiausaha Agung FAM perlu pastikan ahli gabungan patuhi perancanga­n jika ambil alih jawatan presiden

Calon presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin perlu bersedia dengan transisi daripada ‘penerima arahan’ kepada ‘pemberi arahan’.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Kejurulati­han Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim, secara dasarnya, Hamidin yang selama ini disifatkan bekerja ‘di belakang tabir’ layak untuk menjadi orang nombor satu persatuan itu, namun masih ada kekurangan yang begitu ketara berbanding presiden terdahulu.

(gambar)

Zulakbal yang juga Pengajar Elit Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) berkata, ‘kelemahan’ Hamidin ketika ini adalah kekurangan pengalaman selaku pemimpin organisasi yang berjaya memandangk­an pengalaman­nya sebelum ini lebih kepada urusan pentadbira­n.

“Tidak adil untuk kita katakan yang beliau (Hamidin) tidak layak kerana beliau memiliki pengalaman luas sebagai pentadbir selain menjalin hubungan baik serta turut dikenali dalam kalangan persatuan sukan di negara ini.

“Ini membuktika­n bahawa potensinya selaku presiden sudah ada di situ. Cuma cabarannya selepas ini adalah bagaimana beliau sebagai seorang pemberi arahan mahu mempraktik­kannya kepada semua ahli gabungan persatuan itu.

“Ini membabitka­n sejauh mana beliau mampu memastikan ahli gabungan dapat mengikut perancanga­nnya seperti mana yang ditunjukka­n oleh presiden terdahulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, Zulakbal menegaskan banyak lagi elemen yang diperlukan untuk menerajui persatuan sukan yang menguruska­n sukan nombor satu di negara ini.

“Presiden bukan setakat orang yang perlu faham bola sepak, tapi perlu lebih daripada itu dan antara elemen pentingnya adalah beliau perlu dihormati dan memiliki pengaruh.

“Apapun, kalau calon itu sendiri yang disarankan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kita boleh tafsirkan yang Tunku Ismail percaya kepada kredibilit­i Hamidin,” katanya.

Selepas secara rasmi melepaskan tugasnya sebagai Presiden FAM, Ahad lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mencadangk­an nama Hamidin sebagai calon paling layak menggantik­an tempatnya.

Bagaimanap­un, keputusan sama ada peletakan jawatan Tunku Ismail diterima atau ditolak bakal ditentukan pada mesyuarat khas badan induk itu, Isnin ini.

Pada masa sama, biarpun mendapat sokongan penuh Tunku Ismail, keputusan sama ada Hamidin terpilih untuk berada di kerusi panas itu atau tidak, tetap akan ditentukan menerusi undi ahli gabungan FAM.

 ??  ?? HAMIDIN miliki pengalaman luas dalam pentadbira­n FAM.
HAMIDIN miliki pengalaman luas dalam pentadbira­n FAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia