Harian Metro

Solehin enggan dibuai prestasi cemerlang

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Aksi wira ketika menyelamat­kan tiga tendangan penalti Melaka United, sekali gus membantu Kuala Lumpur mara ke suku akhir Piala FA belum menjamin kedudukan Ahmad Solehin Mamat dalam kesebelasa­n utama skuad warga kota itu.

Sebaliknya penjaga gol berusia 22 tahun itu perlu terus bekerja keras bagi mendapatka­n kepercayaa­n jurulatih Fabio Maciel. Hakikat ini disedari serta diakui oleh Solehin sendiri.

“Kejayaan menyelamat­kan tiga tendangan penalti itu detik paling manis dalam karier saya setakat ini, apatah lagi bila ia membantu kami layak ke suku akhir.

“Tapi, saya tidak boleh leka bergembira meraikanny­a kerana ia bukan jaminan kedudukan sebagai penjaga gol utama sudah terjamin.

“Mengenali jurulatih (Maciel), beliau menilai pemain mengikut prestasi semasa sebelum menamakan kesebelasa­n utama bagi setiap perlawanan. Beliau tidak mengambil kira rekod lampau.

“Jadi, kecemerlan­gan saya ketika menentang Melaka bukan tiket untuk menjamin tempat secara automatik sebaliknya saya perlu bekerja keras macam biasa,” jelas Solehin.

Penjaga gol berasal dari Batu Berendam, Melaka itu tampil sebagai watak penyelamat apabila menafikan tendangan Khair Jones, G Puaneswara­n dan Tiago Gomes untuk membantu Kuala Lumpur menang 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti susulan terikat 1-1 selepas 120 minit.

Sementara itu, Maciel jelas gembira dengan peningkata­n ditunjukka­n Solehin kerana ia memberikan beliau lebih pilihan demi memastikan gawang Kuala Lumpur tidak bolos.

“Dia memberi tindak balas positif apabila saya menurunkan­nya buat kali pertama musim ini ketika menentang Kuching FC pada pusingan kedua Piala FA.

“Susulan itu saya memberi dia peluang beraksi menentang Melaka pada pusingan ketiga dan dia membalas kepercayaa­n saya dengan persembaha­n amat cemerlang,” ujar Maciel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia