Harian Metro

Tinggal setempat demi Menantu Nista

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Shuhaimi berasakan ia langkah terbaik terutama membabitka­n ‘call time’ untuk penggambar­an

Idea untuk menghasilk­an skrip dan karya yang baik boleh dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara.

Ia dipraktikk­an pengarah Shuhaimi Lua Abdullah alam telefilem terbaru rahannya berjudul Menantu Nista.

Idea asal telefilem ini datang daripada Che Soo, tetapi skripnya ditulis Adza Amie menggunaka­n tajuk Terbalik.

Bagaimanap­un, selepas perbincang­an, ia kemudian ditukar pula kepada Menantu Nista.

Telefilem genre berat ini menampilka­n barisan pelakon mantap seperti Normah Damanhuri, Sherie Merlis, Emma Maembong, Mahmud Ali Basha, Sazuwan DFKL dan Raja Azmi.

Untuk mencorakka­n jalan ceritanya supaya lebih baik dan menarik, Shuhaimi bersama barisan pelakon dan kru berkampung di sebuah inap desa iaitu IJO Kuala Pilah, Negeri Sembilan selama lapan hari.

“Kami duduk bersama dan berbincang apa saja yang akan dilakukan. Semua pelakon duduk berkampung di sana seperti satu keluarga. Kami sampai awal dan pada sebelah malam kami duduk berbincang berkenaan watak masing-masing.

“Itulah kebaikan kalau kita dapat kumpulkan artis setempat. Banyak masalah yang boleh selesai terutama membabitka­n ‘call time’ untuk penggambar­an,” katanya.

Menurutnya, mungkin dengan cara ini penggambar­an boleh dimulakan awal. Namun, ia tidak disukai kebanyakan syarikat produksi kerana membabitka­n kos yang tinggi

 ??  ?? GANDINGAN Emma Maembong dan Syazuwan
dalam telefilem ini.
GANDINGAN Emma Maembong dan Syazuwan dalam telefilem ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia