Harian Metro

Temui lebih ramai selebriti

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pengunjung daftar sertai Fitness Dance berpeluang bawa

pulang cenderahat­i barangan eksklusif Gegaria

Gegaria Fest kembali lagi Sabtu ini di lokasi kelima, Pusat Pameran & Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur dan tentunya akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti kecergasan, seawal jam 8.30 pagi akan berlangsun­g Fitness Dance bersama dua jurulatih zumba, Hanif Shawn dan Izzat Zin.

Di semua lokasi sebelum ini, zumba menjadi aktiviti wajib dan jumlah penyertaan juga tidak pernah mengecewak­an.

Mesra pengunjung, aktiviti ini tidak terlalu ekstrem sebaliknya setiap gerakan disusun bagi disesuaika­n dengan semua peringkat umur yang menyertain­ya.

Tidak sekadar melakukan aktiviti sihat, pengunjung yang mendaftar untuk me nyertai Fitness Dance juga akan membawa pulang cenderahat­i barangan eksklusif Gegaria.

Di lokasi kelima ini juga, pengunjung berpeluang bertemu lebih ramai selebriti dan ‘influencer’ media sosial yang akan berkongsi pelbagai input mengenai kecantikan, kerjaya, fesyen, kesihatan serta seni di gerai Lifestyle.

Antara selebriti dan ‘influencer’ itu ialah Nana AlHaleq, Dr Say, Chazynash, Elfira Loy, Syed Syafiq, Faiz Roslan, Bunkface dan Reen Rahim.

Apa yang pasti, jadual pengunjung akan padat dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan dari jam 8 pagi sehingga 11 malam.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga akan disajikan dengan persembaha­n konsert Gegaria yang akan berlangsun­g pada sebelah malam. Artis yang akan menggegark­an pentas itu terdiri daripada Iamneeta, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Bunkface dan Bitterswee­t.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival istimewa yang mula menjadi bualan ramai ini dan menikmati pelbagai acara menarik.

 ??  ?? KUGIRAN Masdo
KUGIRAN Masdo
 ??  ?? IAMNEETA
IAMNEETA
 ??  ?? ELFIRA
ELFIRA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia