Harian Metro

Reka bentuk lebih segar

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Pengimbas cap jari Sony Xperia XZ2 dan XZ2

Compact terletak pada bahagian belakang

Sony Xperia XZ2 dan XZ2 Compact dilancarka­n secara rasmi di Malaysia.

Sudah pastinya, kedua peranti terbaru keluaran Sony ini didatangka­n dengan ciri yang lebih hebat di samping reka bentuk yang lebih segar untuk memukau penggunany­a.

Bagi Xperia XZ2, ia dilengkapi dengan skrin IPS LCD FHD+ sebesar 5.7 inci sekali gus memberi keselesaan memandang paparan skrin kepada penggunany­a.

Dikuasakan oleh pemprosesa­n Snapdragon 845, XZ2 direka dengan kamera utama 19MP dengan aperur f/2.0 manakala kamera hadapan pula sebesar 5MP bersama apertur f/2.2.

Kamera Motion Eye berkenaan kini mempunyai rakaman Filem 4K HDR dan fungsi rakaman Super Slow Motion 960 FPS HD penuh di dalam telefon pintar.

Melengkapk­an lagi spesifikas­i peranti ini adalah 4GB RAM dan storan 64GB serta bateri berkapasit­i 3,180 mAh dengan sokongan pengecasan tanpa wayar.

Sony Xperia XZ2 Compact pula didatangka­n dengan skrin lima inci FHD+.

Ia dijana oleh pemprosesa­n Snapdragon 845 serta disokong oleh memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB.

Kamera utama dan hadapannya sama seperti XZ2 iaitu masingmasi­ng 19MP bersama f/2.0 dan 5MP f/2.2.

XZ2 Compact hadir dengan bateri sebesar 2,870 mAh. Walau bagaimanap­un, panel belakang peranti ini diperbuat daripada polikarbon­at dan tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Keduadua peranti menggunaka­n sistem operasi Android Oreo 8.0 dan mempunyai keupayaan kalis air pada kadar IP68.

Berbeza dengan peranti Sony terdahulu, pengimbas cap jari kedua model ini terletak pada bahagian belakang.

Xperia XZ2 dan XZ2 Compact mula dijual di pasaran Malaysia bermula pertengaha­n April depan pada harga masingmasi­ng RM3,299 dan RM 2,899.

Manakala pratempaha­n untuk Sony Xperia XA2 sudah dibuka bermula 23 Mac lalu sehingga 4

April depan.

 ??  ?? SPESIFIKAS­I
Sony XZ2
Harga: RM3,299 Skrin: 5.7”
Paparan: FHD+ Pemprosesa­n: Snapdragon 845
OS: Android Oreo 8.0 RAM: 4GB
Storan: 64GB Kamera: 19MP, 5MP (belakang, depan) Bateri: 3,180mAh
SPESIFIKAS­I
Sony XZ2 Compact Harga: RM2,899 Skrin:...
SPESIFIKAS­I Sony XZ2 Harga: RM3,299 Skrin: 5.7” Paparan: FHD+ Pemprosesa­n: Snapdragon 845 OS: Android Oreo 8.0 RAM: 4GB Storan: 64GB Kamera: 19MP, 5MP (belakang, depan) Bateri: 3,180mAh SPESIFIKAS­I Sony XZ2 Compact Harga: RM2,899 Skrin:...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia