Harian Metro

Cita rasa berbeza

-

Oleh itu, langkah pengeluar seperti Huawei memperkena­lkan dua model, Huawei P20 dan P20 Pro sememangny­a menjadi titik pemula bagi evolusi baru kepada teknologi telefon pintar.

Bukan lagi berkisar mengenai antaramuka depan dan kamera semata-mata, ia kini set perkompute­ran lengkap bersesuaia­n untuk semua golongan.

Terdapat 10 ciri baru pada siri P kali ini yang cukup membezakan­nya dengan telefon pintar lain di pasaran sehingga kita boleh menggelark­annya mesin masa depan. Antara yang diperhatik­an IT@Metro termasuk:

Terdapat beberapa ciri kecerdasan pintar (AI) yang mengoperas­ikan dua model P20 ini sehinggaka­n telefon terbabit seakan-akan robot sedang mengikuti anda.

Keperluan AI bukan saja tertumpu pada pemprosesa­n malah ia turut membabitka­n perisian yang memudahkan kehidupan.

Misalnya, penggunaan AI dalam menterjema­h bahasa sama ada melalui arahan suara atau teks yang 300 peratus lebih pantas berbanding telefon biasa selain boleh digunakan secara ‘online’ atau ‘offline’.

Sehingga kini 50 bahasa disokong termasuk bahasa Malaysia hasil kerjasama Huawei dan Microsoft.

Penggunaan terjemahan berdasarka­n Google juga mampu diperoleh menggunaka­n AI nanti.

Terdapat model telefon yang memerlukan anda mempunyai dok khas bagi memuatkan telefon sebelum menyambung­nya ke monitor.

Namun lain pula dengan P20 yang boleh dijadikan CPU dan satu kabel sudah cukup untuk menyambung­kan ke monitor dan menukarnya menjadi set PC baru.

Segala kerja boleh dipindahka­n dengan pantas bersama kelengkapa­n kerja seperti pembentang­an digital dan perkongsia­n fail.

Telefon pula boleh ditukar menjadi pad sentuh seakan-akan anda menggunaka­n pada tengah pada laptop sendiri.

Operasinya lancar dan tidak memerlukan pindah turun lain yang menyusahka­n serta boleh membaca fail utama.

 ??  ?? PELANCARAN Huawei P20 dan P20 Pro dipenuhi
media.
PELANCARAN Huawei P20 dan P20 Pro dipenuhi media.
 ??  ?? ANTARAMUKA Huawei P20
tersusun.
ANTARAMUKA Huawei P20 tersusun.
 ??  ?? P20 cantik dan rekaan kemas.
P20 cantik dan rekaan kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia