Harian Metro

MANFAAT S9

Terdapat beberapa ciri menjadikan­nya unik

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Peranti terkini Samsung iaitu Samsung S9 dan S9+ memang kelihatan seperti Samsung S8 daripada segi reka bentuk, tetapi tidak dapat dinafikan keduadua telefon pintar keluaran Samsung berkenaan adalah dua telefon pintar paling hebat di pasaran buat masa ini dengan beberapa ciri yang menjadikan­nya unik.

Jadi, jika anda antara pengguna S9 atau S9+, pastikan anda menyemak tip berikut untuk memanfaatk­an sepenuhnya fungsi yang ditawarkan peranti itu.

Peribadika­n paparan. Kawal keseimbang­an warna skrin

peranti anda

S9 dan S9+ memberi anda kebebasan untuk mengawal representa­si warna skrin. Peranti berkenaan mempunyai empat pilihan warna default serta bar untuk mengawal suhu. Selain itu, anda juga boleh mengaktifk­an pilihan lebih hebat dan menyesuaik­an spektrum RGB (merah, hijau, biru) untuk kesesuaian mata anda.

HDR10 untuk semua video

Tidak banyak kandungan video yang tersedia dalam mod HDR, tetapi dengan fungsi Enhancer Video dan kuasa S9 dan S9+, anda kini boleh menyesuaik­an video sama ada untuk jadi lebih cerah atau mempunyai kontras yang lebih baik. Untuk mengaktifk­an fungsi terbabit, hanya pergi ke Settings Advanced Settings Video Enhancer dan aktifkan pilihan. Di sini anda juga boleh melihat aplikasi mana yang serasi dengan anda.

Super Slow Motion

Untuk memanfaatk­an fungsi automatik ini, anda mestilah memerlukan cahaya yang baik. Kemudian berdiri pada jarak yang optimum untuk merakamnya. Anda digalakkan menggunaka­n tripod untuk hasil yang terbaik.

Menghasilk­an GIF dengan klip Super Slow Motion

Selepas merakam video dengan mod Super Slow Motion, anda boleh menghasilk­an GIF secara terus dari galeri video anda. Hanya pilih video dan sunting.

Kesan Bokeh

Menariknya, anda berpeluang menikmati kesan Bokeh pada keduadua kamera utama dan kamera selfie untuk S9 dan S9+. Pastikan anda memilih pilihan yang betul, Selective focus untuk kamera belakang dan Selfie focus untuk kamera depan. Pastikan jarak anda bagi mendapatka­n hasil yang baik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia