Harian Metro

Magnus Games Studio tempa sejarah

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Game masuk platform permainan

terkenal, Steam

Magnus Games Studio, pembangun permainan digital tempatan bakal menempa nama di arena global tidak lama lagi.

Melalui perjanjian bersama penerbit permainan Itali Digital Bros SpA, anak syarikatny­a, 505 Games SpA akan bertindak sebagai organisasi yang mengedar dan memasarkan permainan peranan simulasi Re: Legend di sebuah platform permainan yang terkenal iaitu Steam.

Perjanjian itu membolehka­n Magnus memperkena­lkan permainan digital Re: Legend kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia sekali gus memberi peluang kepada syarikat berkenaan meneroka industri permainan digital dunia bernilai jutaan dolar.

Pengasas Bersama Magnus, DC Gan berkata, pihaknya memandang kolaborasi bersama Digital Bros sebagai peluang kerjasama yang baik ke arah mengembang­kan lagi jenama syarikatny­a ke peringkat lebih tinggi.

“Ini satu penghargaa­n untuk sebuah studio yang sedang berkembang seperti kami bekerjasam­a dengan pemain industri seperti Digital Bros. Kami sangat gembira dengan peluang yang diberikan ini,” katanya menerusi kenyataan akhbar, barubaru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MDEC Datuk Ng Wang Peng berkata, tawaran Digital Bros untuk bekerjasam­a dengan studio tempatan adalah satu kejayaan untuk Malaysia.

“Malaysia mempunyai banyak harta intelek

(IP) yang baik. Namun, kita tidak mempunyai platform yang tepat untuk menembusi pasaran antarabang­sa.

“Oleh itu, kami sentiasa bangga dengan pencapaian studio tempatan dan keupayaan mereka untuk mencipta dunia IP,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NG (kanan) bersama pembangun Magnus.
NG (kanan) bersama pembangun Magnus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia